Berpunca Dari Pemanas Air Meletup Telah Meragut 8 Nyawa Dan 50 Cedera Parah


PORTUGAL: Sebuah pemanas air meletup di Bandar Tondela, sekurang - kurangnya lapan orang maut dan 50 orang yang lain di laporkan cedera parah, pada Sabtu lalu.

Ketika kejadian, mangsa dilaporkan berada di dalam kediaman dua tingkat itu untuk menyaksikan pertandingan permainan daun terup.

Pihak berkuasa bagaimanapun belum dapat memastikan punca sebenar pemanas air itu meletup sehingga mencetuskan kebakaran besar.

Siasatan masih lagi dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan. Sumber: Astro Awani - Sumber: Amylea Nazrul