Selasa, 30 Januari 2018

Chacha Maembong Dan Didi Astillah Truma Akibat Kemalangan


Penyanyi dan pelakon Didi Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 22 dan kawan baiknya Siti Aisyah binti Ismail atau lebih dikenali sebagai Chacha Maembong,22 , telah terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira jam 2 pagi pada hari Isnin lepas.

Kata Didi dia dan Chacha masih lagi trauma akibat kejadian itu. Chacha dikatakan sedang memandu keretanya cuba mengelak sebuah kereta jenis Proton Wira yang sangat laju hingga kereta yang dipandu nya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di Jalan Alor,Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Semasa kemalangan itu, mereka dibantu oleh orang awam yang berada di situ,manakala kereta Proton Wira yang dipandu oleh seorang lelaki yang menyebabkan mereka terbabas melarikan diri.

"Sampai sekarang masih lagi trauma. Kejadian itu berlaku ketika kami nak keluar dari simpang Jalan Alor tiba-tiba ada kereta Wira muncul dalam keadaan yang sangat laju.

"Chacha cuba mengelak namun tidak dapat di kawal.Oleh sebab terlalu panik kereta ini terlanggar pembahagi jalan.

"Lelaki yang pandu kereta tersebut terus pecut kereta dia tanpa membantu kami. Nasib baik ada ramai orang awam yang ada dekat situ tolong,".

Mereka di dalam perjalanan pulang ke rumah selepas keluar makan malam di Jalan Alor.

Didi hanya mengalami kecederaan di muka dan dadanya masih lagi berasa sakit manakala Chacha cedera di bahagian hidung disebabkan dia tersembam ke arah beg udara.

Mujur kami hanya mengalami cedera ringan ,tetapi kereta Chacha agak teruk kerana terlanggar pembahagi jalan. Editor: Ila