Isnin, 15 Januari 2018

Cuba Cakap Kenapa Semua Panggil Saya Sajat, Lagi-Lagi Remaja. - Safiey Ilias


Safiey Ilyas pernah menjadi sebutan ramai apabila membuat keputusan berhijrah daripada seorang maknyah kepada lelaki sejati.

Safiey berkata tidak kisah orang mahu panggil apa terhadap beliau samaada bapok atau pondan kerana menurutnya dia adalah lelaki.

Keputusannya untuk berhijrah disambut baik dan disokong penuh seluruh rakyat Malaysia hingga menjadi viral.

Namun ramai yang kecewa apabila penghijrahannya tidak bertahan lama apabila ada khabar yang mengatakan Safiey mengakui dirinya telah kembali menjadi pondan dan telah penat untuk menjadi baik.

Baru-baru ini, Safiey memberitahu pada pengikutnya bahawa dia tidak kisah dan bersedia menjadi wanita seperti dahulu.

Safiey juga bimbang sekiranya dia menjadi tular dan pening bila wajahnya disamakan dengan jutawan kosmetik sensasi Nur Sajat.

Kerana tidak tahan dengan panggilan Nur Sajat terhadapnya, Safiey berkata tidak kisah jika mahu menjadi perempuan semula walaupun ramai yang menyokong penghijrahan yang dilakukannya.

Walaubagaimanapun, Safiey masih berada di landasan yang betul dan hingga kini menggunakan tagline Lelaki Cantik sebagai suatu identiti pemasarannya.
Editor:Farhana