Cubaan Seludup Rokok Di Melaka Tumpas Akhirnya


KUALA LINGGI: Pihak Berkuasa Malaysia di Perairan Tanjung Bidara, Melaka telah ditahan malam tadi,mereka dipercayai menaiki bot dalam keadaan mencuriagakan.

Pihak berkuasa telah menemui 12 juta batang rokok putih jenama Canyon dan U2,nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM 1.86 juta.

Komander Maritim Azman Samsudin,Timbalan Pengarah Operasi DM5,berkata pihaknya telah menghantar bot laju DM5 bagi memeriksa bot yang mencurigakan itu pada kedudukan 6.2 batu nautika dari pantai Tanjung Bidara.

Semasa operasi berkenan dijalankan, pihaknya turut berjaya menahan tekong berusia 50 tahun dan enam awak-awak yang dianggarkan berusia 22 hingga 36 tahun.

"Hasil pemeriksaan ke atas bot menemui seorang tekong dan awak-awak seramai tujuh orang.

"Mereka didapati membawa muatan sejumlah besar rokok putih pelbagai jenama dibawa ke Malaysia secara tidak sah," ujar beliau.

Pada pukul 3.55 pagi  mereka ditahan dan di bawa ke jeti APMM Linggi.

Bot yang mencurigakan itu turut dikesan melakukan pelbagai kesalahan kerana gagal melaporkan ketibaannya,serta kapal dalam keadaan gelap dan memasuki perairan negara secara haram.

Suspek juga turut ditahan melakukan kesalahan nombor dokumen perjalanan yang tidak sama dengan senarai awak-awak dan beberapa kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.Sumber: Astro Awani. Editor: Ila