Khamis, 11 Januari 2018

Dato Farid Kamil Di Tangkap


KUALA LUMPUR: Pelakon terkena dalam cerita legenda budak setan, Datuk Farid Kamil Zahari telah ditahan pihak polis selepas dipercayai telah menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini.

Sumber menyatakan kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 petang tadi. Datuk Farid Kamil,36 , dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata "dia disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya," ketika dihubungi untuk mengesahkan kejadiaan ini.

Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 90 Akta Polis keran berkelakuan tidak senonoh ketika berada didalam balai polis.

Selain dari menampar pihak polis dia juga turut menendang dua lagi orang awam yang berada di dalam balai polis tersebut. Editor: Ila