Khamis, 11 Januari 2018

Datuk Positif Ganja


Pelakon dan pengarah yang baru-baru ini bergelar Datuk di sahkan pihak polis positif dadah jenis ganja ketika ujian air kencing di lakukan ke atasnya. 
Pelakon tersebut di tahan setelah di percayai mengamuk, menampar anggota polis trafik dan menendang orang awam di balai Polis Trafik Kota Damansara lebih kurang jam 1.20 tengah hari semalam
Perkara tersebut di sahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din
"Saya mengesahkan pelakon berkenaan positif dadah jenis ganja.


"Polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek esok," katanya.
Berita berkenaan  pelakon berusia 37 tahun itu tersebar apabila beliau di katakan secara tiba-tiba menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.
Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.
Menurut Laporan pelakon tersebut  datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, tetapi  apabila anggota trafik bertanyakan  laporan yang ingin dibuat, suspek menunjukkan mesej aplikasi "whatsapp" 300 artis hutang ah long.
Berikutan  itu, pelakon dan pengarah itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan.-Sumber- Harian Metro, Editor: John Castello