Derita 10 Tahun Akibat Penyakit 'Endometriosis'


Carla Cressy adalah seorang model wanita yang sangat terkenal di dunia dan terlibat aktif dalam bidang permodelan.

Namun begitu, kehidupan Carla dikatakan mulai berubah apabila sehingga menjejaskan kariernya bergelar model apabila dikatakan mengalami penyakit pembekuan pelvik yang sangat-sangat memberi kesan kepada kehidupannya.

Dia dikatakan mengambil masa selama 10 tahun sebelum dia di diagnosis dengan ‘endometriosis’, yang pada asalnya dia takut jika penyakitnya itu mempunyai kanser serviks.

Akibat daripada sakit yang dialaminya itu, dia perlu menjalani pembedahan setiap bulan, dan turut mempunyai sista besar ataupun ‘cysts’ yang melekatkan dari usus hingga ke ovarinya.

Carla, 26, telah menggemparkan peminatnya akibat penyakit yang dialaminya dan kini dia giat menubuhkan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit maut itu.

Menurut Carla, penyakit yang dialaminya itu telah menyebabkan dia selalu sahaja keluar masuk hospital dan turut kehilangan pekerjaan kerana dia dikatakan selalu tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan yang lemah.

Sepanjang enam bulan penyakitnya itu di diagnosis, dia memberitahu bahawa pada sekitar bulan Jun, dia telah dikejarkan ke hospital selepas ‘cyst’ tersebut pecah di dalam perutnya.

Penyakit yang dialaminya ini merupakan penyakit yang jarang dialami oleh wanita lain tetapi ianya merupakan penyakit berbahaya di mana Rahim, usus, tiub fallopio serta ovarinya disatukan sehingga mengakibatkan parut di bahagian badannya.

Dia telah selamat menjalani pembedahan ke atas penyakit yang dialaminya namun model tersebut dikatakan menderita parut jenis ‘C-section’ di mana ia menyukarkannya untuk mengandung.

“Jika saya ditakdirkan bertemu lelaki tetapi pada akhirnya saya terpaksa memberitahu lelaki tersebut bahawa saya tidak boleh mengandung, adakah dia sanggup menerima saya lagi?” kata Carla.

Tambah Carla lagi, dia juga dimestikan menjaga pemakanannya itu di mana dia tidak dibenarkan mengambil makanan seperti pasta, piza dan juga makanan Cina.

Berdasarkan diagnosisnya yang terakhir, Carla dikatakan berada di peringkat terakhir 'endometriosis' dan yang paling parah dia dikatakan mengalami penyakit pelvik beku ataupun ‘frozen pelvis’.

Tidak mahu wanita lain turut mendapatkan penyakit yang sama, Carla dikatakan telah mengadakan kempen untuk menyedarkan wanita mengenai penyakit yang berbahaya ini.

"Saya telah memulakan khidmat amal saya sendiri, iaitu ‘Wanita dengan Endometriosis’," dan saya adalah orang pertama yang melakukan perkara ini serta saya mahukan khidmat amal ini dimasukkan ke dalam kurikulum di sekolah,” katanya lagi.

Carla juga turut menubuhkan laman blognya sendiri untuk berkongsi masalah yang dialaminya di samping turut menasihati wanita di luar sana untuk menjaga kesihatan mereka supaya perkara yang dialaminya tidak lagi berulang.

Walaubagaimanapun, dia sangat terharu dengan jumlah respons yang diterima dan turut berasa sedih kerana tidak dapat membantu kesemua wanita yang menghubunginya untuk mendapatkan khidmat bantuan.

Dia juga turut menambah bahawa laman webnya itu akan berjalan dalam masa 14 hari akan datang, dan pada dasarnya dia mahu menjadi pakar pemakanan serta pakar bedah untuk menawarkan khidmat nasihat.

"Saya sekarang sedang bekerja dengan Ahli Parlimen tempatan saya, Sir David Amess dan kami akan membawanya ke dalam bidang pendidikan dengan menggunakan rancangan pelajaran dan poster saya sendiri.” menurutnya lagi.

Selain itu, Ahli Parlimen untuk Southend West juga turut menawarkan sokongan sepenuhnya untuk membantu Carla.

Menurut ahli parlimen itu, "Cerita Carla Cressy adalah inspirasi dan menyayat hati kerana penderitaan yang dialaminya dengan penyakit endometriosis”.

Dia juga akan menyokong sepenuhnya usaha Carla dan akan benar-benar komited dalam kempennya untuk membawa pendidikan endometriosis ke sekolah.

Bagi wanita lain yang bimbang mereka mungkin mempunyai endometriosis, Carla dikatakan turut mempunyai nasihat yang penting bagi memberi mereka semangat untuk menghadapinya. Sumber: Mirror.co.uk, Editor: Amira