Detik-Detik Cemas Lelaki Dijadikan Perisai Untuk Menahan Peluru.


Saat yang mendebarkan bagi seorang pemandu motosikal yang tidak bersalah, dia dikatakan baru sahaja selesai membayar bil petrolnya.

Mangsa dijadikan sebagai perisai bagi menghalang peluru itu namun, tidak berjaya menembusinya. Kejadian ini dikats sangat ajaib kerana mangsa terselamat.

Rakaman CCTV mengenai kejadian di sebuah stesen minyak di Sao Paulo menunjukkan lelaki yang tidak dikenali yang memakai kemeja-t berwarna kuning berjalan menuju ke dalam kedai untuk membayar bil petrolnya.

Dia kemudiannya berjalan  melepasi di antara dua buah kereta tiba-tiba berlari.

Pada saat itu datang seorang lelaki dari arah belakang lalu menjadikan dia sebagai perisai. Suspek memeluk erat pinggang mangsa,lalu mangsa jatuh ke tanah. Suspek memakai baju penyerang ragbi berwarna biru.

Adegan pergelutan ini berjaya dirakam pada hari Isnin 9 Januari sekitar pukul 4.30 petang telah mendedahkan bahawa dia dikejar dua pembunuh bersenjata yang memakai topeng dan topi besbol.

Mangsa yang panik berasa bahawa dirinya berada di tempat yang salah pada masa yang salah,dia meronta untuk melepaskan diri namun suspek enggan melepaskannya.

Seorang lelaki yang bersenjata memburu suspek dari arah belakang,manakala seorang lagi memintas dari arah depan.

Dalam bulatan bertanda itu tebusan berpaut di atas tanah, suspek percaya dengan tindakan itu dia berjaya melindungi dirinya daripada ditembak pada jarak dekat.

Namun pembunuh itu tidak berjaya menembaknya kerana beberapa peluru terkena pada kereta berdekatan,tiada peluru yang berjaya menembusi mereka.

Sebuah kereta hitam yang diletakkan di tepi jalan raya berhampiran beredar dengan cepat bagi mengelakkan terkena tembakan itu.

Tanpa melepaskan peluang, dua orang pemburu itu dengan kejam menghampiri lelaki yang diburu lalu mereka melepaskan tembakan sebelum melarikan diri.

Video itu di kongsikan di media sosial pada hari Isnin (15 Januari) oleh juru pam yang bertugas,telah mengumpulkan lebih daripada 4,500 paparan dalam masa kurang daripada empat hari.

Dia yang enggang disebut namanya dalam ketakutan berkata "semuanya berlaku begitu pantas. Terdapat kekecohan besar kerana lelaki ini datang berlari ke arah stesen minyak yang diikuti oleh dua lelaki bersenjata.

"Ia kelihatan seperti dia akan masuk ke dalam kedai,tetapi tiba-tiba berubah arah dan memegang pemandu yang tiada kaitan dengannya.

'Kami tidak percaya apa yang berlaku. Kami benar-benar percaya kedua-dua lelaki akan mati dalam tembakan, kerana mereka kelihatan seperti penembak tepa namun mangsa itu hilang tanpa sebarang kecederaan.

Komen-komen di media sosial berpendapat bahawa mereka akan mati. Namun salah satu dari komen itu bertulis 'Saya pasti mati, mereka tidak perlu menembak.'

Kejadian itu masih disiasat oleh polis Sao Paulo mereka belum mengenal pasti penyerang atau mengeluarkan nama mangsa.

Mereka telah merayu kepada pemandu itu untuk tampil sebagai saksi.Editor: Ila