Di Hempap Traktor, Warga Emas Temui Ajal


MUAR – Seorang lelaki yang dikenali sebagai Abu Bakar Ismail, 62, ditemui maut dihempap tayar belakang kanan traktor yang dipandunya ketika menuruni cerun di dusun durian Kampung Bukit Bendar, Bukit Kepong pada pagi Sabtu.

Ketua Polis Muar, Asisten Komisioner Zaharudin berkata hasil bedah siasat oleh Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar mendapati punca kematian adalah akibat kesukaran bernafas.

“Bedah siasat dilakukan oleh Dr Nabil Mohd Johari, pada kira-kira 9 pagi Sabtu. Mangsa didapati maut kerana ditindih objek berat.

“Sebelum itu, Balai Polis Lenga menerima panggilan telefon daripada saksi, Hamidi Jali, 46, yang memberitahu menemui mangsa dan ketika kejadian tiada sesiapa di kawasan itu.

“Hasil pemeriksaan ke atas tubuh si mati menemui kesan kecederaan di muka dan tiada unsur jenayah. Mayat kemudian dihantar ke HPSF,” katanya Sumber:Harian Metro , Editor:Farhana