Khamis, 11 Januari 2018

Di Rempuh Ketika Main Basikal Lajak....



PONTIAN: Kira-kira jam 11 malam dua remaja maut, manakala seorang lagi hanya patah bahu selepas dirempuh sebuah kereta ketika mereka menunggang 'basikal lajak' di Jalan Kampung Maju Jaya, Pekan Nanas, malam tadi.

Malam itu, Ibnu Ahmad Nais, 16 bersama seorang kawannya yang masih belum dapat dikenal pasti identitinya,telah maut di lokasi kejadian.

Kereta Toyota Altis yang dipandu oleh lelaki berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut laporan pihak polis ini adalah kejadian kedua membabitkan kemalangan basikal lajak di negara kita.

Pada 18 Februari tahun lalu,lapan orang remaja berusia di antara 13 hingga 17 tahun maut, dan lapan daripadanya cedera termasuk dua masih lagi kritikal selepas dirempuh sebuah kereta semasa menunggang basikal berkumpulan di Jalan Lingkaran Dalam.

Saksi Fazli Hashim,36 penduduk kampung tersebut menyatakan bahawa dia terlihat kejadian tersebut semasa berada di warung berhampiran lokasi kejadian.

"Arwah bertiga dengan rakannya bermain basikal. Tiba-tiba sahaja saya terdengar satu bunyi dentuman yang kuat lalu saya menoleh untuk melihatnya, saya ternampak sebuah basikal melambung tinggi ke atas.

"Sebaik sahaja saya melihat kejadian itu saya berlari ke lokasi tersebut. Pada awalnya saya hanya melihat seorang remaja yang berdiri dan tidak cedera.

"Namun, apabila seorang penduduk menyuluh lampu ke arah parit berhampiran terlihat seorang daripada mereka tertirap dengan pendarahan yang banyak di kepala.

"Kami juga menjumpai seorang lagi remaja di dalam parit yang agak jauh dipercayai tercampak dari lokasi kejadian. Penduduk setempat segera menghubungi pihak polis untuk melaporkan kejadian tersebut," katanya pada awal pagi tadi.

Fazli berkata, kumpulan remaja berkenaan baru sahaja pulang daripada kumpulan kompang di sebuah rumah yang tidak jauh dari lokasi kejadian.

Nenek kepada Ibnu Ahmad, Bechik Kadasek,73, beliau agak pelik dengan gurauan cucu kesayangannya tengah hari semalam yang telah pun menjadi sesuatu peristiwa hitam dalam hidupnya.

"Arwah seorang yang periyang orangnya, tetapi sebelum berlakunya tragedi hitam ini arwah agak pendiam dan hanya mahu duduk didalam bilik sahaja.

"Sebelum itu dia ada bertanyakan kepada saya bila datuknya meninggal, dia kata biar dia (cucu) yang jalan dulu," katanya.

"Saya sangka kan ini hanyalah sekadar gurauan, tidak menyangka pula ianya adalah satu kejadian yang benar-benar terjadi.

Pada jam 11 malam beliau telah mendapat panggilan dari penduduk setempat yang memaklumkan bahawa cucunya telah terlibat dalam kemalangan itu. Editor: Ila