Dikutuk Hitam Dan ‘Edit’ Bagi Cerah, Siti Sarah Kecewa Dengan Netizen


Penyanyi Siti Sarah mendapat kecaman dari netizen kerana dianggap cuba menipu warna kulit dan mendakwa gelap dari apa yang disangka.

Siti Sarah menulis di akaun Instagram miliknya dengan perasaan kecewa bahawa dia tidak menyangka sekeping foto yang dimuat naik oleh suaminya, Shuib sebelum ini menjadi perhatian kerana kelihatan kulitnya gelap berbanding gambar-gambar sebelum ini.

Sarah menjelaskan bahawa foto itu diambil kerana kurang pantulan cahaya seperti selalu foto yang diambil dan dimuat naik ke laman Intagram.

Sarah mengakui kulitnya tidak secerah ‘mat salleh’ tetapi jauh lebih beza berbanding kulitnya yang dulu.

Kulit yang dahulu memang agak gelap tetapi semakin cerah kerana dia mengamalkan produk seperti memakai losyen, sabun dan mengambil pil.

Untuk membezakan wajahnya, Sarah memuat naik gambarnya yang dahulu yang lebih gelap meskipun diambil di bawah pantulan cahaya.

Berikut merupakan luahannya:

"Assalamualaikum semua secara jujurnya saya betul-betul tidak menyangka gambar hadiah hari jadi ibu Shuib ini menjadi perhatian ramai, ramai yang kutuk Sarah, katanya sebenarnya Sarah hitam tapi edit gambar.

Ya saya mengaku saya selalu ambil gambar di tempat-tempat yang bercahaya terang, mana ada orang nak ambil gambar bertentangan dengan cahaya, itu yang nampak gelap, secara jujurnya saya rasa sangat sedih bukan sebab orang kata saya.

Tapi mungkin ramai yang tak tahu Shuib 'buta warna'. Dia tak tahu pun 'warna' apa yang dia post di Instagram dia. banyak warna yang dia tak nampak.. padahal kami pakai handphone jenama yang sama.. lagi pun mak shuib itu putih melepak itu pun nampak macam sun burn.

Secara jujurnya saya memang tak putih macam 'orang putih', tapi kalau nak dibandingkan dengan saya yang 'dulu' memang saya lebih cerah sekarang .. sebab saya memang ambil produk ...saya pakai 'lotion', 'sabun' dan 'pil' untuk kulit lebih cerah.. mungkin ramai yang marah sebab saya tak share saya makan dan pakai produk apa.

Disini saya ada contoh gambar dulu yang berhadapan dengan pencahayaan terang sampai nampak pantulan cahaya di pipi sebab cahaya lampu dan gambar baru .. tetap gambar lama nampak lebih gelap" Sumber:Astro Gempak. Editor:Farhana