Diperkosa Berkumpulan Kemudian Dipotong Dan Dimakan


AFRIKA SELATAN: Seorang wanita muda di kenali dengan nama Zanele Hlatshwayo berusia 25 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol oleh lima orang lelaki sebelum tubuhnya dipotong lalu dikongsi sesama mereka untuk dimakan.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sekitar bandar Estcourt, Wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan.

Zanele dilaporkan telah hilang pada 25 Julai lalu selepas pergi ke Pietermaritzburg untuk melawat neneknya.

Tetapi dia dikatakan langsung tidak munculkan diri di rumah neneknya.

Pada mulanya, ibu mangsa, Philiswe tidak begitu khuatir dengan berita kehilangan Zanele.

Namun begitu, dia mula berasa tidak sedap hati apabila sepupu Zanele bernama Nozipho terdengar berita mengenai penangkapan empat lelaki di Estcourt kerana perbuatan membunuh.

Keluarga mangsa dikatakan terus melaporkan berita kehilangannya  kepada pihak polis sebaik sahaja mengetahui mangsa tidak berada di rumah neneknya.

Pihak polis turut bertanyakan pakaian yang dipakai oleh Zanele ketika kali terakhir dia meninggalkan rumah.

Dia dikatakan memakai seluar ketat (legging) hitam, baju dan sebuah beg berisi pakaian jeans dan dipercayai kesemua pakaian tersebut dipenuhi dengan darah.

Sementara itu, tubuh Zanele juga dipercayai hilang iaitu kepala, tangan dan beberapa organ lain termasuk alat sulit dan kesemuanya telah dihantar ke Hospital untuk bedah siasat.

Misteri pembunuhan dan pemerkosaan Zanele terbongkar apabila salah seorang suspek datang untuk menyerah diri di balai polis.

Siasatan lanjut telah dijalankan dan pihak polis juga telah pergi meninjau lokasi rumah berkenaan dan turut terhidu bau busuk.

Kejadian kejam ini juga dikatakan berlaku di mana terdapat empat keping telinga manusia di dalam sup yang telah dimasak.

Sejurus daripada kejadian itu, kesemua suspek telah ditangkap dan dibawa ke balai untuk disoal siasat.

Setelah disoal siasat, mereka mendakwa telah menculik mangsa di Estcourt sebelum merogolnya beramai-ramai.

Kes bertambah kejam di mana mereka membunuhnya kemudian memotong bahagian-bahagian tertentu tubuh mangsa lalu dibahagikan sesama mereka untuk dimakan.

Manakala baki tubuh mangsa yang sudah tidak sempurna di kubur dan dihimpit dengan sebongkah batu besar.

Menurut polis berkuasa tempatan, semua suspek adalah bomoh yang mengamalkan upacara ‘kanibalesmi’ kononnya dengan memakan daging manusia mereka dapat melindungi diri mereka dari sebarang ancaman serta dapat memberi kekuatan dan mampu membawa kekayaan.

Pihak polis turut percaya masih ada ramai lagi mangsa yang terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini.

Bagi keluarga mangsa, kematian Zanele yang dikatakan mempunyai seorang anak lelaki berumur dua tahun itu merupakan satu kehilangan yang besar dalam keluarga.


Mereka juga tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan mangsa semasa kejadian menyayat hati ini berlaku. Sumber: Daily Mail, Editor: Amira