Disuruh Tonyoh Dengan Sabut Mandi Sebab Muka Isteri Tak Glowing


Si suami berkata dalam hati “Isk… makin lama makin lemau aku tengok isteri aku nie,” kerana baginya isterinya itu sudah tidak cantik dimatanya.

Si suami membelek-belek handphone sambil membaca ‘Whatsapp group’ dan melihat gambar-gambar wanita cantik yang dikongsi oleh rakannya beserta kapsyen, “Selamat pagi abang-abang dalam group nie”.

Cair si suami melihat whatsapp tersebut, tidak kurang juga yang sering berkongsi info mengenai konsep bermadu, janda mencari suami, wanita timur tengah mencari pasangan, gambar-gambar artis wanita sampailah yang lagi teruk, terus berkongsi gambar dan video pornografi.

Lebih hairan lagi, yang berkongsi mesej-mesej tersebut adalah suami orang dan sudah punyai anak ramai.

Kadangkala tanpa segan silu, berkongsi dalam group yang ada rakan wanita yang juga sudah berkeluarga.

Tambahan lagi, lebih sedih apabila ada yang berkongsi dalam group keluarga yang mana ahlinya sepupu sepapat, ibu/bapa saudara, anak saudara cucu atau datuk dan nenek.

Si suami seronok ‘like’ gambar-gambar perempuan seksi di media sosial dan ianya menjadi satu kepuasan apabila dapat berinteraksi dengan tuan empunya gambar sambil perbuatan itu dapat dilihat oleh orang yang mengenali si suami.

Perbuatan tersebut menunjukkan si suami tidak menghormati si isteri yang kononnya berkahwin atas dasar cinta dan sayang.

Orang yang akan menemani kita sehingga hujung nyawa. Mereka hanya ada suami di hati, tapi si suami ada beribu wanita di mata.

“Kenapalah isteri aku tak cantik?” bisikan nakal di hati suami.

“Dulu menarik gila, tak puas tengok. Pantang bergesel lengan saja pun terus jadi. Tetapi sekarang nak tengok muka pun tak lalu, lemau saja. Dengan rambut berserabai, muka kusam, badan pun gelebeh sana sini, tak ada selera langsung dah. Dua minggu sekali itu pun sebab terdesak.”

“Belum bila keluar lagi, tak menarik langsung pakaian dia, macam makcik tua. Tepek bedak sejuk saja, dah macam hantu dah bila tengok. Tak macam isteri orang lain, sedap mata memandang. Kalaulah isteri sendiri macam itu.”

Sungguh menyedihkan jika si suami punyai perasaan begini kerana isteri itu adalah di bawah jagaan dia. Cantik atau tidak itu bergantung kepada cara jagaan suami itu sendiri.

Rambut dia serabai, gugur sana sini anda nak salahkan dia? Syampu pun anda malas beli. Kalau beli pun cap ayam yang paling murah. Asalkan berbuih.

Muka dia tak glowing, pembersih muka pun tak nak sediakan. Disuruhnya gonyoh dengan sabun mandi je. Ingat ketiak ke? Kemudian nak salahkan muka isteri macam ketiak? Belum masuk bab foundation dan lain-lain, silap-silap foundation pun anda tak tahu apa.

Mereka ajak pergi jalan-jalan pun anda malas inikan nak

Badan dah gelebeh sana sini. Satu langkah, seribu pergerakan di badan dia. Orang rumah ajak pergi taman jalan-jalan saja pun anda dah malas. Inikan pula nak berzumba bagai. Terus dicop sebagai nusyuz! Maksiat! Walaupun kelas itu semua perempuan. Duduk rumah saja jaga anak, buat kerja-kerja rumah itu kan berpeluh? Anda ini bela isteri ke bela orang gaji?

Perwatakan tak menarik, pakaian tak cantik langsung. Dia nak beli baju online anda tak bagi, membazirlah, takut kena tipulah. Nak harapkan anda beli? Kalau boleh nak beli bundle saja asalkan ada baju. Tak ke membazir?

“Nak cantik-cantik ini nak tunjuk pada siapa? Berdosa tau,” kata si suami memberi alasan, kemudian nak kecoh pakaian isteri tak menarik? Hmmm..

Makeup pun tak ada? Pakai bedak sejuk saja? Nak makeup macam mana bang, abang bagi dia beli yang pasar malam punya. Sekali dia pakai, jerawat naik sebulan. Itu yang dia tak pakai dah. Dia nak beli di Guardian atau Watson anda kata membazir, mahal. Padahal makeup itu beli boleh tahan berbulan. Dia nak beli online, abang sibuk tanya ada KKM tak?

Dan akhir sekali, sekiranya si suami betul cinta dan hormatkan isteri anda tidak akan buat perkara yang pelik dan takkan tergamak untuk tidak mencantikkan isteri anda.

Sekiranya ada yang rasa tercabar dan rasa posting ini tidak betul tahap pemikiran anda tidak cukup matang dan tidak cukup terbuka untuk menerima kenyataan. Sumber: KRT , Editor:Farhana