Selasa, 30 Januari 2018

Doakan Semoga Adik Faris Cepat Sembuh


Ramai di antara kita yang tidak mengetahui tentang penyakit "Epidermolysis Bullosa" atau singkatan nya "EB". Apa itu Epidermolysis Bullosa? Epidermolysis Bullosa ialah sejenis penyakit yang merangkumi sekumpulan penyakit kulit yang di warisi disebabkan oleh permukaan kulit yang lemah dan sangat rapuh.

Seseorang yang mempunyai penyakit seperti ini, akan mengalami gelembung air yang terbentuk pada permukaan kulit. Sekiranya kulit tersentuh pada permukaan yang keras atau terkena geseran seperti gosokan,garu ataupun terkena pita pelekat.

Pada kes yang agak kritikal,seseorang yang mempunyai penyakit EB ini akan mengalami gelembung air yang boleh terbentuk secara semula jadi di dalam badan seperti saluran esofagus atau usus. Bagi kanak-kanak yang mempunyai penyakit seperti ini, mereka dikenali sebagai “ kanak-kanak rama-rama”, kerana permukaan kulit mereka yang sangat lembut sama seperti sayap rama-rama.

Penyakit inilah yang terpaksa ditanggung oleh adik Faris. Sewaktu kanak-kanak seusianya sedang leka bermain namun dia hanya mampu makan , tidur dan bermain permain yang mempunyai permukaan yang lembut.

Faris terjatuh lagi. Ya Allah ianya seperti mimpi ngeri bagi kami sekeluarga.Kerana dia bukan seperti kanak-kanak yang lain. Apabila terjatuh sedikit kulitnya akan mudah terkoyak.

Menurut ibu nya ,Norazilawani ,sudah banyak kali anak kesayangan nya itu mengalami seperti ini.Namun dia tidak pernah serik dan berputus asas untuk bermain seperti kawan-kawan seusianya.

"Sabar ya sayang, in sya Allah suatu hari nanti pasti akan jumpa penawarnya nanti".Editor: Ila