Dua Bekas Pekerja D'Herbs Diberkas Polis




KUALA LUMPUR - 18 Jun tahun lalu, Malaysia digemparkan dengan berita kecurian yang melibat dua orang bekas pekerja Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, Pengarah Urusan D'Herbs dimana mereka dipercayai mencuri wang tunai dan barang kemas milik isterinya yang bernilai RM100,000.

Pihak polis telah berjaya menahan suspek yang berusia 20 dan 40 tahun yang dipercayai mempunyai hubungan dengan dua bekas pembantu rumah Aliff Syukri yang sudah didakwa pada pada 5 Julai tahun lalu di rumah mereka di Pandamaran, Isnin.

Isteri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid telah membuat laporan polis pada 18 Jun 2017 jam 4 petang berkenaan pembantu rumahnya yang dipercayai terlibat dengan kecurian dalam rumah beliau.

Ekoran laporan tersebut, pihak polis telah menangkap dua orang suspek dan mereka telah dituduh (di mahkamah) pada Julai tahun lalu.

"Dua hari lepas, pihak polis menangkap dua lagi suspek warga Indonesia, seorang lelaki dan seorang perempuan, yang dipercayai terlibat dalam kes ini.

"Kedua-dua suspek kini direman sehingga 4 Feb," kata Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt S. Somu

Somu berkata, satu beg tangan berjenama serta barang kemas bernilai RM25,000 yang dipercayai milik Nur Shahida telah berjaya dirampas oleh pihak polis.


Selain itu, wang tunai berjumlah RM2,000 turut ditemui daripada suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. Sumber:Astro Awani , Editor:Farhana