Elyana Luah Perasaan Di Instagram “Saya Tak Kuat Lagi”


Erneelya Elyana Binti Emrizal ataupun dikenali sebagai Elyana adalah salah seorang artis yang sedang meningkat naik.

Elyana sudah lama menceburi bidang nyanyian namun baru-baru ini apabila dia menyertai sebuah rancangan hiburan iaitu Gegar Vaganza, namanya terus memuncak.

Namun, dia tidak dapat melangkah ke peringkat akhir apabila telah tersingkir semasa program tersebut berlangsung.

Akibat daripada penyingkirannya itu, Elyana telah membuat satu pengumuman yang agak mengejutkan orang ramai. '

Pengumuman yang dibuatnya pada Gegar Vaganza yang lalu ternyata mengejutkan ramai pihak apabila dia menyatakan bahawa dia kini sedang melawan penyakit kanser Limfoma sejak tujuh tahun lalu dan kini sudah berada di tahap 4.

Walaubagaimanapun, Elyana disifatkan sebagai seorang yang begitu kental meskipun sakit di mana dia tetap mampu senyum dan tidak mahu rakan – rakan dan ahli keluarga sedih dengan keadaannya itu.

Namun, semalam menerusi perkongsian Insta Storynya, Elyana sekali lagi telah meruntunkan perasaan dan jiwa para peminatnya.

Hal ini kerana, Elyana ada memuatnaik beberapa status yang menggambarkan dia seolah-olah sudah tidak mampu untuk melawan penyakitnya itu.

Jika sakit dan demam biasa pun sudah lemah dan tidak terdaya, apatah lagi ‘bebanan’ yang ditanggung oleh seorang pesakit kanser seperti Elyana.

Sudah pasti perkara ini agak membebankan Elyana.

Menyedari akan status tersebut, rata-rata peminat mula membanjiri ruangan komen Instagram Elyana dengan memberikan kata-kata semangat serta sokongan kepada Elyana.

Kami berharap Elyana akan terus kuat melawan penyakit ini dan semoga diberikan kesembuhan yang sepenuhnya kelak. Sumber: Hangat.co, Editor: Amira