Empat Kanak-Kanak Di Tahan, Waris Di Saman


BALIK PULAU: Akibat dari pada membenarkan empat kanak-kanak menunggang basikal lajak secara berbahaya. Empat waris di saman Polis Diraja Malaysia IPD Barat Daya.

Tindakan saman diambil selepas aksi empat kanak-kanak yang berusia antara 10 dan 14 tahun yang menunggang dalam keadaan bahaya di Jalan Besar Balik Pulau berjaya dikesan anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah lewat malam tadi.

 Aksi merbahaya kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan antara 10 dan 14 tahun itu dikesan anggota polis ketika melakukan rondaan cegah jenayah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritenden A.A. Anbalagan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, anggotanya terserempak dengan empat kanak-kanak terbabit yang sedang menunggang basikal dalam keadaan berbahaya.

Menurut beliau lagi, kanak-kanak terbabit di dapati sedang melakukan aksi berbahaya ketika di tahan dan di bawa ke ibu pejabat Barat Daya,Pulau Pinang untuk di minta kenterangan.

Kemudian pihak polis menghubungi ke empat-empat waris kanak-kanak tersebut untuk memberi keterangan dan di kenakan tindakan saman di bawah kaedah 42 (1)(a) LN 166/59, Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

Menurut Anbalagan, pihaknya turut menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah dan Ketua Pendidikan Daerah agar hadir ke balai polis berkenaan untuk mengambil tindakan terhadap empat  kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak tersebut di bebaskan setelah kesemua saman telah dibayar oleh ibu bapa masing-masing.


Justeru itu beliau menasihatkan orang ramai, terutamanya kepada para ibu bapa untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka dan menghentikan aktiviti basikal lajak sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.