17 Jan 2018

Fathia Latif Suruh Iqram Dinzly Bunuh Diri Di Komen Video Live


Golongan artis yang dikenali ramai masing-masing mempunyai kontroversi mereka sendiri hingga menjadi bualan netizen.

Tidak ketinggalan Iqram Dinzly dan Fathia Latiff.

Tidak pasti sama ada mereka mempunyai masalah diantara mereka atau sekadar gurauan namun menjadi isu yang hangat apabila Fathia memberi komen di video secara lansung Iqram menyuruhnya membunuh diri.

Kita semua maklum bahawa Iqram punyai alasannya tersendiri untuk membuat video-video dan perilaku yang pelik.

Malah kerana seringkali tampil secara langsung di Instagram, akaun Iqram telah disekat untuk berbuat demikian sehinggalah mendapat semula akses untuk membuat video secara langsung.

Kemunculan semula Iqram di Instagram Live telah menarik perhatian ramai apabila muncul komen dari Fathia yang sangat mengejutkan apabila pelakon itu meminta Iqram membunuh diri daripada terus berkelakuan pelik.Apa sebenarnya maksud Fathia?

Dalam perkembangan lain, netizen yang dikenali sebagai Neysa Assila yang juga turut menyaksikan komen tersebut mengatakan Fathia hanya mahu mencari perhatian.


Sebelum ini beberapa portal hiburan tempatan ada menulis mengenai Fathia yang terkilan kerana kesnya terdahulu diperbesar-besarkan sehingga tiada tawaran berlakon diterima dan kini timbul pula kontroversi lain. Sumber:Hangat.com , Editor:Farhana


Advertiser