Khamis, 11 Januari 2018

Fathia Latiff Dikecam Netizen Warnakan Kuku



Aksi Fathia Latiff artis yang sering menjadi perhatian netizen akibat video beliau di Bigo Live tahun lalu yang pernah tersebar tidak henti - henti menjadi mangsa kecaman netizen,malah baru-baru ini video dia sedang mempromosikan sebuah produk turut mendapat kecaman hebat.

Video yang dimuat naik oleh Fathia Latiff mengenai sebuah produk di akaun Instagramnya menarik perhatian ramai netizen. Bukan produk yang di perkenalkan menarik perhatian tetapi kuku beliau yang panjang dan berwarna , netizen juga berkata imej itu tidak sesuai dengan wanita bertudung tetapi menyimpan kuku yang panjang. Ada juga di kalangan netizen menyamakan beliau dengan  hantu Pontianak.


Mungkin niat Netizen itu hanya untuk menegur,tidak salah untuk menegur tapi jangan sampai menghina, kita sama-sama saudara sesama islam menegur biarlah dengan cara yang elok, harap Fathia di masa hadapan dapat menjadi insan yang lebih baik dan sempurna.