Feeya Iskandar Selamat Melahirkan Putera Keduanya


Bekas penyampai radio Sinar Fm, Nor Shafiza Iskandar Azizan atau lebih mesra dikenali sebagai Feeya Iskandar ataupun Cik Piah itu telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara normal dengan berat 3.24 kg pada pukul 1.12 pagi.

Ini merupakan anak kedua bagi pasagan sejoli ini. Anak sulungnya yang bernama Adam Malique dilahirkan pada 7 Februari 2017.

Suaminya ,Nurashid Abd Wahab telah berkongsi kan berita gembira ini menerusi laman Instagram nya dan menulis :

"Alhamdulilah syukur isteri saya Selamat melahirkan baby boy yang ke 2 kami pada pukul 1.12 pagi berat 3.24 kg lahir secara normal bersama Dr khamsiah dan tidak lupa kepada nurse dan Mak bidan yang Banyak membantu di dalam labour room segalanya berjalan dengan lancar #amanahallah #adikmalique #Nuharyyan,".

Tahniah Cik Piah atas kelahiran putera kedua ini. Editor: Ila