Header AdSense

Fizo Dan Mawar Umum Nama Puteri Sulung Mereka

Fizo Dan Mawar Umum Nama Puteri Sulung Mereka




KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti terkenal ,Fizo dan usahawan wanita berjaya dengan produk tudung jenama terkenal Fareedah itu telah memuat naik gambar dan nama anak perempuannya itu, Mereka memberikan nama bayi itu "Wan Maryam".

Fizo memuat naik gambar puteri sulungnya itu di lama Instagramnya. Beliau berkata "saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan saya dan juga ibu yang bertarung nyawa melahirkan saya,

"Empat tahun ibu dan ayah menantikan kelahiran saya dan pastinya, nenek dan atuk paling gembira kerana saya cucu pertama, Tok Ma(ibu Fizo).

"Semoga kehadiran saya membawa keberkatan dan kegembiraan kepada semua. Doa kan saya menjadi seorang anak yang solehah,"tulis pelakon itu di laman Instagramnya.
Sumber: Utusan.Editor: Ila