Gadis 13 Tahun Dibunuh Kekasih Ibu


MIRI: Seorang pelajar Perempuan yang masih menuntut di Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau ditemui mati akibat dibunuh dan turut di cekik pada pukul 11 pagi semalam.

Mangsa dikatakan telah di cekik oleh teman lelaki ibunya di sebuah rumah sewa dipercayai tempat kediaman mangsa di kawasan Permyjaya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak, mangsa dipercayai berusia 13 tahun di cekik oleh seorang rakyat tempatan yang berusia 33 tahun.

Tambahnya lagi, suspek dikatakan berasal dari Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah kedai perabot di Piasau, Miri itu telah berjaya ditangkap pada petang semalam sejurus selepas laporan diterima.

Suspek dipercayai telah ditangkap oleh anggota kereta peronda polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Miri yang sedang meronda di Jalan Perlis, Kuala Baram pada pukul 5.55 petang semalam.

Semasa rondaan dijalankan, anggota polis turut dikatakan terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dikatakan dalam keadaan mencurigakan di sebuah lorong berdekatan dengan kawasan semak.

Suspek yang menyedari kehadiran pihak berkuasa terus bertindak menutup but belakang kereta dan bergegas meninggalkan tempat kejadian.

Namun, suspek berjaya ditahan dan pihak polis menjumpai mayat remaja lelaki terbabit di dalam bahagian but belakang kereta.

Mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke hospital yang berdekatan untuk dibedah siasat. Sumber: Bernama, Editor: Amira