Isnin, 29 Januari 2018

Gadis Seksi Jual Daging Rebus Viral Di Media Sosial, Ternyata Dia Sebenarnya Adalah..


TAIWAN - Setiap orang yang berniaga sudah pasti mempunyai strategi jualan masing-masing untuk melariskan produk jualan mereka tidak ketinggalan dengan seorang pemilik gerai daging rebus.

Seorang wanita yang dikenali sebagai penjual daging rebus, telah tersebar gambarnya di media sosial kerana berpakaian seksi semasa sedang berniaga.

Gambar tersebut memaparkan wanita tersebut memiliki wajah yang cantik dan berkulit putih dengan rambut panjang yang terurai dan tersenyum manis sedang melayani pelanggang yang membeli jualannya yang kebanyakannya lelaki.

Seorang pengguna laman sosial instagram @leakbali telah mengoksikan gambar gadis tersebut melalui akaun instagramnya.

Gambar tersebut turut mendapat banyak komen daripada pengikut @leakbali.

novi_unip : @_yunif_ oh jadi kamu menyuruh aku berniaga bergini.. Hehehe bolelahsupaya laku.

kvnnaz : kalau yang menjualnya macam ni, saya sanggup beratur

ena_komang : Mantap strategi penjualan , boleh ditiru dan cuba.

Sebenarnya gadis seksi itu bukan pemilik atau penjual daging tersebut kerana dia adalah seorang model.

Shanghaiist.com melaporkan, model seksi tersebut hanyalah membantu mempromosikan produk jualan pemilik gerai tersebut.

Gambar-gambar tersebut menjadi viral selepas model wanita itu berkongsi gambarnya di akaun facebook miliknya.

Menurut laporan, pemilik gerai daging rebus tersebut menerima keuntungan sebanyak empat kali ganda atas bantuan model itu. Sumber:Suara.tv , Editor:Farhana