Gambar Dan Punca Gadis Pekerja Spa Dibunuh Dengan Kejam


KOTA KINABALU: Seorang gadis dipercayai berusia 20 tahun yang ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah spa di Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, Kota Kinabalu pada Ahad lalu telah disahkan dibunuh. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, berdasarkan pemeriksaan lanjut doktor perubatan ke atas mangsa, doktor telah mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh sesak nafas yang dipercayai akibat di cekik.

“Mengikut penelitian bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian gusi atas dan tulang hidung (patah) serta sebatang gigi kelihatan tercabut di bahagian atas yang dipercayai akibat hentakan benda tumpul."

“Pemeriksaan lanjut ke atas mangsa oleh doktor perubatan mengesahkan punca kematian adalah disebabkan oleh sesak nafas akibat di cekik dan dipercayai mempunyai unsur jenayah,” ujarnya dalam kenyataan di sini.

“Susulan itu, siasatan menyeluruh dijalankan ke atas semua pekerja spa terbabit sebelum polis menahan dua lelaki Positif dadah berusia 28 dan 25 tahun."

Pihak polis berjaya memberkas suspek pertama yang berumur lingkungan 28 tahun kira-kira pada jam 2.30 petang di sekitar Kota Kinabalu, manakala suspek kedua yang juga merupakan pekerja spa berkenaan dianggarkan berumur 25 tahun itu pula ditahan kira-kira pada jam 11.30 malam Isnin di Kota Marudu.

Suspek kedua yang ditangkap dipercayai merupakan dalang utama kepada kes pembunuhan terbabit.

Tambah pihak berkuasa lagi, siasatan awal mendapati gadis itu dipercayai dibunuh selepas dikatakan menolak lamaran suspek utama yang berusia 25 tahun.

Semuanya ini juga dipercayai berpunca akibat motif dendam kepada mangsa.

Mangsa, Norfazlina Abantas yang merupakan pekerja spa telah ditemui mati oleh oleh majikannya dalam keadaan terbaring dengan darah turut keluar daripada mulut di spa berkenaan, kira-kira pada pukul 11.30 pagi, semalam.

Dalam pada masa yang sama, pihak polis turut mengklasifikasikan kes kematian Norfazlina Abantas sebagai mati mengejut.

Kes bunuh ini akan segera disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sumber: Eberita, Editor: Amira