16 Jan 2018

Gara - Gara Sebarkan Gambar Anak dalam Facebook Seorang Ibu Di Kenakan Saman


Budak lelaki yang berusia 16 tahun telah mendakwa ibunya di mahkamah kerana menyiarkan gambarnya di Facebook tanpa ibunya meminta izin dari anaknya.

Anaknya turut mendakwa bahawa tindakan ibunya itu telah memberikan kesan yang serius terhadap kehidupan sehariannya. Dia juga perlu berpindah sekolah tinggi di Amerika Syarikat untuk meneruskan persekolahannya.

Pada awal Disember lalu, mahkamah sivil di Rom, Hakim Monica telah membuat keputusan untuk memihak kepada remaja tersebut. Pihak mahkamah telah memerintah ibunya untuk memadamkan semua posting yang berkaitan dengan anaknya itu dari akaun media sosial sebelum 1 Februari 2018 atau membayar denda sebanyak €10,000.

Menurut media Itali, lelaki berusia 16 tahun itu dan ibunya terpaksa menghadapi tekanan sejak ibunya bercerai dengan ayahnya.

Selepas berpisah dengan suaminya ,wanita itu telah didakwa selalu memuat naik gambar dan butir-butir peribadi anaknya itu,

Hakim Vellettie berkata, bahawa gambar dan butiran peribadi lelaki yang berusia 16 tahun itu sangat banyak di media sosial ibunya yang menyebabkan dia mahu bertukar sekolah ke sebuah sekolah di AS agar dia dapat menjauhkan diri. Kemana sahaja di pergi orang disekelilingnya pasti mengetahui tentang kehidupan peribadinya yang berpunca dari perbuatan ibu yang suka memuat naik gambarnya di rangkaian sosoial secara berterusan.

Peguam Giuseppe Croari memberitahu Euronews bahawa ibunya telah melanggar terma dan syarat Facebook dengan memuat naik gambar anaknya dan mendakwa mempunyai hak milik ke atas data peribadinya.

Undang-undang hak milik Itali jelas menyatakan bahawa jika kita memuat naik gambar seseorang itu perlu memohon kebenaran sebelum ianya boleh diterbitkan di media sosial.

Ibunya telah di perintah oleh pihak mahkamah untuk berhenti memuat naik foto atau video anak lelaki berusia 16 tahun dan memadam semua data di akaun media sosialnya sebelum 1 Februari 2018.

Kes luar biasa ini juga telah berlaku selepas seorang lelaki berusia 18 tahun, dua tahun lalu, menyaman ibu bapanya kerana memuat naik lebih dari 500 gambarnya di Facebook, tanpa diketahui olehnya.

Kes-kes seperti ini kini lebih kerap berlaku di seluruh dunia dan pakar undang-undang telah memberi amaran kepada para ibu bapa supaya tidak memuat naik gambar anak-anak mereka di media sosial tanpa keizinan.

Selain daripada, risiko undang-undang, ianya juga berisiko mendedahkan kanak-kanak bawah umur kepada ancaman lebih bahaya, seperti buli siber daripada rakan-rakan mereka. Sumber: Mstar Online - Editor: Ila

Advertiser