Gara-Gara Video Hairul Azreen Tembak Kera Di Belakang Rumah Menjadi Viral, Dia Di Tahan Pihak Polis.


Juara Fear Factor Malaysia Musim pertama Hairul Azreen atau nama sebenarnya Hairul Azreen Bin Idris. Hairul dilahirkan pada 23 April 1988 dan berasal dari Kuala Lumpur.

Jejaka kacak ini merupakan suami kepada pelakon jelita Hanis Zalikha dan mempunyai seorang cahaya mata yang diberi nama Yusuf Iskandar.

Kadang kala sesuatu yang kita rasakan tidak ada salahnya di mata kita,namun sebenarnya memberikan tanggapan yang buruk kepada orang yang melihatnya.Jadi berhati-hati la ketika anda memuat naik video atau gambar di media sosial.

Hairul telah berkongsi kan videonya yang menggunakan sepucuk senapang patah milik bapa saudaranya pada tahun 2016 yang menyebabkan dia disoal siasat oleh pihak polis.

Menurut daripada laporan Harian Metro, pihak polis telah melakukan siasatan selepas video yang bertarikh Julai 2016 itu menjadi viral di Youtube beberapa hari lepas. Turut disoal siasat bapa saudaranya untuk membantu siasatan kes itu.

Video itu menunjukkan Hairul telah melepaskan tembakan menggunakan senapang patah tanpa lesen di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Pait Jerman, Sitiawan, Perak.

Superintendan Mohamad Zainal Abdullah, Ketua Polis Daerah Perak Tengah , berkata, polis telah meneliti keterangan yang diberikan Hairul sebelum memutuskan untuk menahan reman pelakon berkenan untuk membantu siasatan ataupun di bebaskan dengan jaminan polis.

Bapa saudaranya berkata, Hairul merupakan pemegang lesen senjata berkenaan sudah pun menghadirkan diri di IPD Perak Tengah semalam dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Laporan mendapati, bapa saudaranya ingin menembak kera di belakang rumahnya di ladang kelapa sawit.

Pelakon itu dikatakan baru sahaja pulang ke kampung dan ingin mencuba senapang itu telah melepaskan dua das tembakan ke udara. Kejadian itu turut disaksikan oleh beberapa ahli keluarga dan rakannya.

Pihak polis telah merampas senapang patah berkenaan dan 29 butir peluru milik bapa saudaranya sehingga kes ini selesai. Sumber: Harian Metro. Editor: Ila