Selasa, 9 Januari 2018

Gempar ! Dua Kanak-Kanak Di Sorok Oleh Bunian


Kelantan: Dua orang kanak-kanak perempuan Tadika Pasti yang dipercayai "ghaib" sejurus sahaja selesai di bawa bermain di kolam oleh seorang wanita di Kampung Tok Malek, Wakaf Bharu, Tumpat, semalam.

Kanak-kanak yang bernama Nurul Husna Ab Hadi,6 tahun dan sepupunya Nik Ariesa Muhd Zurairi,6 telah dilaporkan hilang kira-kira 12.30 tengah hari selepas mereka tidak pulang sebaik sahaja selesai persekolahan tadika.

Sebaik sahaja berita kehilangan mereka tersebar, penduduk kampung membuat solat hajat dan melaungkan azan.

Penduduk kampung diarahkan untuk mencari dua kanak-kanak ini dikawsan berdekatan.Mereka percaya dua kanak-kanak ini disembunyikan oleh mahkluk ghaib.

Namun, kedua-dua mereka berjaya ditemui pada pukul 2,35 petang dalam keadaan penat dan basah kuyup dipercayai mungkin keluar dari arah bendang berdekatan.

Kira-kira 50 meter dari tadikanya Nurul Husna ditemui pada serempun pokok tebu,manakala Nik Aresa kemungkinan di kebun durian milik datuknya yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

Sejurus berita kehilangan mereka tersebar penduduk kampung membuat solat hajat dan melaungkan  azan.

Penduduk kampung diarahkan untuk mencari dua kanak-kanak ini dikawasan berdekatan.Mereka percaya dua kanak-kanak ini disembunyikan oleh mahkluk ghaib.

Nurul Husan memberitahu yang dia hanya mengikut seorang wanita dipanggilnya 'kakak' semasa menuju ke kolam.

"kakak tarik tangan kami dan ajak kami main dekat kolam tu. Jadi kami pon ikut sahaja. Kami tak tahu dia mahu bawa kami ke mana," katanya semasa ditemui di rumahnya.

Ibu Nurul Husana, Hazama Hassan,44 beliau menyedari akan kehilangan anaknya selepas dia tidak pulang sehingga 12.45 tengah hari. Ibunya bergegas menuju ke tadika untuk mencari anaknya.

Namun apabila tiba di tadika, orang kampung memberitahu anak dan sepupunya sudah hilang pun pulang pada pukul 12.30 tengah hari lagi. Saya panik dan segera meminta bantuan orang kampung untuk mencari anaknya yang hilang.

Seramai 50 orang penduduk kampung membantu dalam misi mencari mereka berdua.

Ibunya juga turut membuat laporan polis tentang kehilangan mereka berdua sebelum dihubungi jiran yang memaklumkan mereka melihat kelibat Nik Nur Ariesa berjalan bersama anaknya.

Semasa ditemui, Nurul Husana memberitahu dia bermain di kolam yang jaraknya hanya 300 meter dari rumah. Walhal, kolam yang sedang mereka tuju itu adalah bendang. Mereka memang kelihatan tidak bermaya dan amat letih dengan beg sekolah yang dipenuhi oleh air dan lumpur.

Selain itu, badan mereka dipenuhi oleh lintah. Kedua-dua mereka di kejarkan ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan selanjutnya.

"Saya sangat bersyukur kehadarat ilahi kerana anak saya dan sepupunya selamat dan tidak diapa-apakan. Di harap peristiwa ini tidak akan terjadi lagi,"katanya semalam semasa ditemu bual.

Besar kemungkinan memang wujudnya gangguan mahkluk halus ini, cuma kita sahaja tidak dapat melihat 'mereka'.Editor: Ila