Guru Ditangkap Melakukakan Hubungan Seks Bersama Tiga Pelajar


NORTH CAROLINA: Seorang guru matematik yang dipercayai berusia 25 tahun telah ditangkap kerana disyaki melakukan hubungan seksual dengan tiga orang pelajar lelaki.

Suspek, Erin McAuliffe telah ditahan pada Khamis yang lalu dan didakwa dengan tiga tuduhan seksual dengan pelajar dan satu juga di atas tindakan yang tidak senonoh itu.

Pihak polis yang menerima laporan mengenai kes ini bertindak melancarkan siasatan ke atas McAuliffe pada bulan Mei yang lalu selepas pegawai di Rocky Mount Preparatory memanggil pelajar terbabit untuk melaporkan mengenai salah laku guru terbabit.


Terdahulu, Jabatan Polis Gunung Rocky telah mengadakan temubual dengan pelajar dan kakitangan di sekolah itu, yang mempunyai 1,300 pelajar dari tadika hingga gred 12, sebelum memperoleh waran untuk penangkapan McAuliffe minggu ini.

Menurut pihak polis, guru matematik tersebut dikatakan telah mengadakan pertemuan seksual terbabit dengan ketiga-tiga pelajar itu di kampus berkenaan iaitu tempat yang sama suspek bertugas.

Menurut laporan daripada WITN, suspek telah diarahkan oleh Penjara Carteret untuk membayar denda sebanyak $20,000 sementara menunggu sidang mahkamah yang pertama yang dijadualkan pada 12 Jun depan.

Pentadbir sekolah di Rocky Mount Preparatory memberitahu bahawa pendidik yang berusia 25 tahun itu telah dipecat pada 4 Mei lalu iaitu sehari sebelum polis memberitahu mengenai dialisis yang dijalankan ke atas mangsa yang berada di bawah umur itu.



Polis juga memberitahu bahawa mangsa yang terlibat dalam jenayah seksual itu masing-masing berusia di antara 16 dan 17 tahun.

Menurut profile LinkedInnya, suspek dikatakan mempunyai kelulusan dari Universiti Methodist pada tahun 2014 dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Matematik.

Suspek sebelum ini dipercayai bekerja sebagai penganalisis data di sebuah firma undang-undang yang berpangkalan di San Diego sebelum memulakan tuigasannya di Rocky Mount Prep pada bulan Ogos 2016.

Dalam pada masa yang sama, suspek juga dipercayai belum mendirikan rumah tangga dan tinggal di Rocky Mount bersama binatang peliharaannya iaitu anjing dan juga kucing. Sumber: Daily Mail, Editor: Amira