Guru Paksa Pelajar Melakukan Hubungan Seks.


COLOMBIA: Seorang guru sekolah menengah telah memaksa beberapa orang pelajar sekolah untuk mengadakan seks dengan semata-mata untuk mendapatkan markah yang bagus.

Kejadian ini difahamkan berlaku di salah sebuah sekolah di Colombia.

Suspek iaitu Yokasta M, 40, telah memaksa remaja lelaki dan turut mengancam mereka untuk tidur bersamanya di sebuah kawasan sekolah yang dirahsiakan identitinya di Medellin, Colombia.

Bagaimanapun, tindakan guru terbabit diketahui apabila pelajar tersebut menceritakan pengalaman pahitnya itu kepada ibu bapanya dan dia ditangkap pihak berkuasa sebaik sahaja laporan dibuat.

Yokasta bakal berdepan hukuman penjara selama 40 tahun jika dia disabitkan kesalahan.


Taktik yang digunakan oleh suspek untuk melakukan seks itu adalah dengan mendekati remaja lelaki dia dalam kelasnya di mana dia akan memberitahu bahawa dia akan menolong mereka di dalam pelajaran dan turut meminta nombor telefon daripada mereka.

Menurut laporan daripada Canal 4, kejadian ini dikatakan telah berlaku pada bulan Januari dan April 2016.

Suspek selalunya akan mencari mangsa dengan mendekati pelajarnya yang berusia 16 dan 17 tahun di mana di turut mencari mangsa melalui media sosial dengan menggunakan taktik yang sama.

Dia juga didakwa menggunakan aplikasi WhatsApp untuk menghantar gambar-gambar dan cadangan mengenai pelajaran kepada anak muridnya.

Bagaimanapun, menurut siasatan polis, polis memberitahu bahawa Yokasta telah menghantar gambar dirinya sendiri yang berpakaian menjolok mata dan kadang kala menampakkan kemaluannya untuk setiap mangsanya bertujuan untuk menarik minat mereka.



Namun, jika tiada satu pun pelajar yang enggan melayan nafsunya itu, dia akan mengancam untuk menggagalkan mangsa di dalam pelajaran.

Aktiviti yang dijalankan oleh Yokasta ini terbongkar apabila salah seorang bapa kepada mangsa telah menemui gambar serta video milik suspek yang berbentuk seksual di dalam telefon milik anaknya.



Kronologi kes ini dikatakan bermula apabila kejadian ini telah berlaku di Medellin, Colombia di antara bulan Januari dan April 2016.

Dia dilaporkan telah memanggil anak muridnya itu untuk datang ke kediamannya di mana dia akan memaksa mereka menonton tayangan seks dan turut meminta mangsa untuk melakukan perkara yang sama ke atas dirinya namun jika mereka menolak dia akan bertindak untuk menggagalkan pelajar terbabit.

Suspek yang sudah berkahwin itu juga bakal berdepan hukuman penjara yang berat dan kini suaminya juga turut memfailkan penceraian ke atas dirinya.

Sebaik sahaja dia ditangkap, salah seorang daripada pelajarnya telah dipercayai memuat naik gambar milik suspek di laman sosial untuk tatapan umum.

Gambar-gambar yang di muat naik itu disebutkan sebagai: “Ini adalah guru Yokasta, yang memberitahu kita bahawa dia tidak setuju dengan kita jika kita tidak mempunyai hubungan dengannya.”

Akibatnya, kisah itu menjadi viral di seluruh Amerika Selatan, di mana rata-rata pengguna laman sosial mengecam tindakan yang dilakukan suspek ke atas anak muridnya itu. Sumber: Daily Mail, Editor: Amira

Teacher offered pupils good grades in exchange for sex

Teacher offered pupils good grades in exchange for sex