Guru Wanita Di Tangkap Selepas Melakukan Seks Dengan Pelajar Berusia 14 Tahun



MAINE: Seorang bekas guru yang sudah berkahwin di Sekolah Kristian di sini telah ditangkap selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan gangguan seksual ke atas seorang pelajar yang berusia bawah 14 tahun.

Tertuduh yang dikenali dengan nama Nancy Leigh Ann Brann, 43, dikatakan telah menyerah diri di Penjara Two Bridges di Wiscasset pada 21 Disember yang lepas dan telah diletakkan di bawah jagaan Pejabat Polis County Lincoln.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku semasa musim luruh iaitu pada tahun 2016 ketika Brann masih lagi bergelar sebagai guru di Sekolah Kristian di Waldoboro, berdekatan dengan bandar Maine.

“Pihak sekolah dikatakan tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai kejadian yang menimpa pelajar terbabit selepas kes ini disiasat,” lapor Pegawai Polis.

Ketika kejadian berlaku, pihak berkuasa memaklumkan bahawa mangsa adalah seorang pelajar yang masih dibawah umur 14 tahun tetapi latar belakang mangsa tidak dapat didedahkan kepada umum.

Tambahnya lagi, Brann dikatakan telah dibuang sekolah selepas berita ini tersebar namun punca utama dia dibuang tidak dapat dipastikan.

Buat masa sekarang tiada sebarang berita yang menyatakan tempat dimana dia berkhidmat.

Tertuduh yang merupakan seorang bekas guru yang berasal dari Windsor ini dikatakan telah berkahwin dan turut mempunyai 7 orang cahaya mata.

 Brann telah dikenakan tindakan dan didakwa dibawah akta Kelas A yang melibatkan serangan  seksual dan Kelas C diatas hubungan seks yang menyalahi undang-undang.

 Jika disabitkan kesalahan, Brann akan dipenjara selama 30 tahun dan perlu membayar denda sebanyak $50,000 bagi kesalahan petama. Untuk kesalahan kedua, dia terpaksa menerima hukuman penjara selama 5 tahun atau lebih dan turut didenda sebanyak $5,000.

Brann kini ditahan dibawah jaminan $10,000 dan juga tanpa penjamin melainkan dengan syarat dia tidak dibenarkan mempunyai hubungan dengan mangsa, tidak boleh kembali mengajar di Sekolah Kristian iaitu tempat dimana dia penah berkhidmat and tidak dibenarkan mempunyai hubungan dengan kanak-kanak yang dibawah umur 16 tahun. Sumber: Daily Mail, Editor: Amira