Hairul Azreen Tak Bayar Bil Eletrik


Hairul Azreen semalam mengakui kesilapan yang dilakukannya di mana dia tidak menjelaskan bil elektrik yang tertunggak selama 5 bulan.

Hairul dikatakan telah memuatnaik status berkenaan di laman sosial Instagram miliknya yang mana menyatakan dia mengaku bersalah kerana terlepas pandang mengenai perkara tersebut.

Dalam pada masa yang sama, Hairul turut menjelaskan bahawa perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Semalam, keluarga Hairul dan isterinya, Hanis Zalikha tidur dengan hanya bertemankan lilin.

Ternyata tindakannya itu mengundang pelbagai komen daripada rata-rata pengguna laman sosial terbabit.

Ada dalam kalangan mereka yang menyifatkan perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku.

Namun, ada juga yang turut memberikan nasihat agar Hairul lebih beringat serta turut memberikan tips mudah potongan wang melalui bank pada setiap bulan agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai pastinya gelagat anaknya, Yusuf Iskandar dan juga kucing kesayangan mereka iaitu Bujibu yang terpaksa bergelap semalam.

Melalui gambar yang dimuatnaik, muka Bujibu kelihatan serius dalam kegelapan walaupun hanya bersiramkan cahaya lilin.

Apa-apa pun, perkara sebegini yang dialami oleh Hairul merupakan perkara biasa sahaja.

Namun, kadang-kadang sebagai suami dan juga manusia, memang akan ada perkara yang terlepas pandang.

Semoga perkongsian Hairul ini boleh menjadi peringatan juga buat sang suami di luar sana supaya menitikberatkan perkara-perkara sebegini untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi. Sumber: Astro Awani, Editor: Amira