Khamis, 11 Januari 2018

Hanya Kerana Baju Ketat Zara Zya Di Kecam Hebat Oleh Netizen.


Masih belum reda lagi isu Zara Zya mengecam artis Kpop, kini sekali lagi Zara Zya mendapat kecaman yang hebat dari pihak netizen.

 Pelakon Zara Zya sekali lagi menerima kritikan yang pedas gara-gara dia memuat naik foto berbaju ketat di Instagram miliknya pada hari Rabu.

Menerusi laman sosialnya Zara,33 telah meluahkan rasa kecewa dengan teguran segelintir pengikutnya yang agak keterlaluan dan biadab.

"Kalau nak tegur boleh. Apa awak rasa kalau orang hina dan maki awak secara terbuka di laman sosial?

"Bahasa tu jaga sikit, tegur manusia lain biar ada beradab. Kenapa nak kurang ajar?,"tulisnya

Gambar yang menerima lebih kurang 35,000 likes dan 600 komen dari pelbagai golongan usia itu telah menarik perhatian netizen di media sosial.

Ada juga sesetengah netizen memberikan komen negatif terhadap penampilan Zara Zya yang dikatakan memakai baju ketat sehingga jelas boleh dilihat bentuk badannya.

Netizen beranggapan penampilan pelakon semakin hari semakin seksi selain beliau juga mewarnakan rambutnya baru-baru ini. Zara Zya sudah banyak berubah berbanding awal kemunculannya sebagai seorang pelakon terkenal tanah air.

Walaubagaimanapun, Zara berkata, penampilan dan gaya rambutnya hanyalah sekadar mengikut permintaan watak yang perlu dijayakan dalam sesebuah cerita yang dilakonkan nya.

"Saya warna rambut untuk watak saya. Kalau awak semua ikut perkembangan saya awak mesti tahu," ujarnya. 

"Saya warna rambut untuk watak saya. Kalau awak ikut perkembangan saya awak mesti tahu," ujarnya. Sumber: mStar Online. Editor: Ila