17 Jan 2018

Hasrat Pensyarah Muzik Tidak Kesampaian


DUNGUN - Hasrat seorang pensyarah muzik untuk menemui rakannya tidak kesampaian kerana menemui ajalnya dengan cara yang tidak disangkakan iaitu sesak nafas selepas membayar tol.

Che Ku Mohd Rafi Che Ku Li, 47 merupakan pensyarah di Institut Perguruan Kampus Di Institut Perguruan Kampus Dato Razali Ismail, Batu Rakit Terengganu.

Mangsa dikatakan sesak nafas selepas membayar tol di Plaza Tol Bukit Besi, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

Selepas membayar tol, mangsa merasakan sesuatu luar biasa dan memberhentikan kenderaan lalu pasukan peronda lebuh raya menghantar ke Klinik Kesihatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Beliau disahkan meninggal dunia sejam kemudian kira-kira jam 10.45 malam.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari kediamannya di Batu Rakit untuk bertemu rakannya di Dungun kira-kira sejam perjalanan melalui LPT2.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Polis yang dihubungi sahkan kejadian dan mengklasifikan kes sebagai mati mengejut. Sumber:Astro Awani , Editor:Farhana

Advertiser