Helikopter Terhempas Empat Mayat Ditemui



NEW DELHI – Sebuah helikopter yang membawa lima kakitangan cabang syarikat minyak kerajaan ONGC dan dua juruterbang telah hilang.

Tentera Laut India berkata pasukan penyelamat telah membuat pencarian untuk mengesan helikopter tersebut dan telah menjumpai empat mayat.

Helikopter tersebut terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara 15 minit selepas berlepas dari bandar barat negara terbabit kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

"Setakat ini empat mayat ditemui," kata tentera laut India menerusi Twitter sambil menambah usaha mencari dua lagi masih berjalan.

"Lokasi nahas helikopter malang ONGC sudah ditemui," katanya.

Beberapa gambar kru bot penyelamat turut dimuat naik oleh tentera laut ketika memeriksa kawasan perairan lokasi serpihan helikopter itu ditemui. Sumber: Berita Harian , Editor:Farhana