Isnin, 8 Januari 2018

Video Operasi Mencari Mangsa Lemas




HULU TERENGGANU - Lima rakan etnik Rohingya mandi di Sungai Terengganu berdekatan Waterfront Kuala Berang bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri lemas manakala empat yang lain nyaris lemas. 

Mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Rahim Salleh Ahmad, 17, merupakan pelajar Madrasah Hidayah Rohingya Datuk Abd Rahman, Kuala Berang dipercayai lemas dalam kejadian kira-kira 4.30 petang.

Manakala mereka yang selamat, Mohd Yunus Idris,13; Mohd Jubair Mohd Yunus, 12 serta Sayid Amin Zainal Amin dan Mohd Yasir Nuralam berusia 14 tahun.

Difahamkan mereka bersama 13 orang tiba di Waterfront Kuala Berang untuk bermain bola jam 3 petang, namun mereka berlima membuat keputusan untuk mandi sungai bagi menghilangkan kepanasan badan.

Tidak sampai 15 minit bermandi-manda, Mohd Jubair terlebih dahulu hanyut dan cuba diselamatkan mangsa dan 3 rakan yang lain namun kesemua mereka alami nasib yang sama tetapi diselamatkan orang awam yang kebetulan berada di situ, namun mangsa (Rahim) dikatakan tenggelam dan dikhuatiri lemas.

Sinar Harian Difahamkan mereka baru pertama kali mandi si sungai berkenaan.

Mangsa dan rakannya dipercayai turun mandi di sungai itu kira-kira jam 4.15 dan leka sehingga dihanyutkan arus deras dengan kedalaman sungai kira-kira lima meter.

"Gerakan mencari dan menyelamat telah dilakukan oleh anggota penyelamat dengan menyusuri tebing sungai. Operasi dihentikan jam 7 petang ekoran cuaca gelap dan akan disambung esok," kata Ketua Polis Daerah Terengganu. Sumber: Sinar Harian , Editor:Farhana