Ibu Bunuh Tiga Anak Dan Cuba Bunuh Diri Gara-Gara Tekanan.


JAWA TIMUR: Seorang ibu dipercayai suri rumah tangga berada dalam keadaan tenat manakala tiga orang anaknya telah meninggal dunia selepas dipercayai meminum racun serangga di Jombang, Jawa Timur.
Mangsa iaitu Evi Suliastin, 26 dapat di selamatkan namun ketiga-tiga anaknya iaitu Syahid Mohd Syaiful Alfaqih, 6, Umi Ayu Qurani,4, dan Umi Fuziah berusia 4 bulan tidak dapat di selamatkan.
Kesemua mangsa ditemui kira-kira pada jam 9.00 malam selepas salah seorang jiran mereka berasa curiga dengan keadaan rumah yang terlalu sunyi.
Menurut saksi, dia telah disuruh oleh mangsa untuk membeli nasi,namun selepas dia pulang ke rumah mangsa, dia mendapati keadaan rumah tersebut begitu sunyi dan langsung tiada apa-apa pergerakan.
Namun, ketika dia sedang memeriksa keadaan sekeliling dia ada terdengar suara batuk dari dapur rumah itu.
Saksi kemudiannya mencari dari arah mana suara itu datang dan berjaya menemui 3 beradik itu dalam keadaan tidak sedarkan diri, manakala ibu mereka menggelupur sambil menahan sakit.
Sebaik sahaja mereka ditemui, Saksi kemudiannya meminta pertolongan orang ramai,sebelum membawa kesemua mangsa ke hospital.
Namun begitu, sayangnya 3 beradik berkenaan sudah meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan manakala ibu mereka sempat di selamatkan.
Bagaimanapun, pihak polis sehingga pagi ini masih lagi dalam usaha menyiasat mengenai punca kejadian.
Menurut sumber, Evi Suliastin turut dilihat dalam keadaan murung seperti mengalami masalah sejak beberapa minggu sebelum kejadian itu menimpa dirinya.
Sehari sebelum kejadian, Evi juga sempat memuatnaik gambar bersama 3 anaknya di laman sosial,di mana dalam gambar tersebut, mangsa yang berusia 4 bulan bersungguh-sungguh menatap wajah ibunya seolah-olah dia tahu bahawa umurnya tidak panjang. Sumber: Eberita, Editor: Amira