Ibu Di Tangkap Ketika Cuba Jual "Dara" Anak.



MOSCOW: Seorang ibu telah ditahan pihak berkuasa tempatan apabila dia cuba untuk menjual ‘dara’ milik anaknya yang berusia 13 tahun kepada seorang lelaki kaya di kawasan sekitar Moscow.

Ibu terbabit dikatakan mahu menjual dara anaknya itu sebanyak £19,000 dan itu merupakan harga yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Suspek iaitu Irina Gladkikh, 35, yang merupakan seorang agen hartanah dikatakan telah terbang ke Moscow, Rusia, bersama rakannya, 25, dan juga anaknya di mana wanita itu mahu menjual ‘malam pertama’ milik anaknya kepada seorang pelanggan yang sangat kaya.

Bagaimanapun, dia dikatakan tidak menyedari bahawa lelaki yang dia jumpai itu adalah seorang polis di mana lelaki tersebut dipercayai menyamar untuk menjadi pelanggan yang mahukan perkhidmatan ‘malam pertama’ yang ditawarkan oleh Irina.

Menurut pihak berkuasa, Irina berjaya diberkas selepas dia menerima wang tunai sebanyak satu setengah juta kerana disyaki ingin menjual seorang wanita di bawah umur kepada seorang lelaki kaya.



Menurut sumber, Irina Gladkikh, 35, dipercayai telah ditangkap dalam satu operasi yang membabitkan pihak polis Rusia kerana kes seperti ini dianggap sebagai kes yang berat di mana membabitkan gadis di bawah umur.

Kes-kes sebegini dianggap sebagai perkara yang serius kerana ianya merupakan penderaan seksual.


Berdasarkan gambar di atas, ia jelas menunjukkan gambar Gladkikh bersama anaknya yang berusia 13 tahun diabadikan sebagai kenangan sebelum dia di tangkap pihak berkuasa.

Dalam pada masa yang sama, kawan kepada Gladkikh juga turut ditangkap oleh polis Rusia kerana disyaki turut terlibat di dalam kes jenayah ini.

Dalam satu video yang di muat naik oleh Kementerian Dalam Negeri Rusia, Gladkikh mengaku bahawa dia telah membawa anaknya daripada Chelyabinsk ke Moscow semasa berlakunya perjumpaan di antara dia dan lelaki kaya tersebut.

“Pada pukul 7.35 pagi, saya dan anak saya terbang ke Moscow,” katanya.

“Kami datang ke Moscow untuk berjumpa lelaki kaya itu, kerana ingin mendapatkan bantuan kewangan kerana mereka sanggup menawarkan khidmat seks dengan anaknya.”


Gambar ini merupakan kawan kepada Gladkikh yang mana dia juga merupakan salah seorang suspek utama yang terlibat di dalam kes ini.



Menurut satu laporan, Gladkikh dikatakan langsung tidak menyedari bahawa dia telah berurusan dengan seorang polis yang menyamar sebagai lelaki kaya tersebut.

Menerusi satu rakaman, rakan kepada suspek juga turut mengakui bahawa dia datang bersama suspek bertujuan untuk menjual dara yang dimiliki.

Bagaimanapun, dia dan Gladkikh, yang juga mempunyai seorang anak lelaki telah ditahan di sebuah restoran terapung di Moscow dalam satu operasi yang dijalankan baru-baru ini.

Pihak berkuasa juga turut menyelamatkan gadis ataupun mangsa dan membawanya ke Hospital Moscow untuk menjalani rawatan.



Ibu kepada dua orang anak ini juga dikatakan turut mengambil bahagian di dalam satu pertandingan ratu cantik di Chelyabinsk.

Menerusi laman sosial milik Gladkikh, dia dikatakan adalah seorang agen hartanah yang bekerja di Bandar Ural di mana sebelum ini dia adalah salah seorang peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik di Chelyabinsk.

Berdasarkan sumber yang diperoleh daripada badan penguatkuasa undang-undang, suspek dan rakannya itu yang identitinya tidak diketahui dipercayai mula mencari sumber pendapatan mereka dengan menjual tubuh sendiri. Sumber: Daily Mail , Editor: Amira