Ibu Kejam Buang Bayi Dalam Tandas Pesawat.


INDONESIA: Seorang wanita ditahan pihak berkuasa Indonesia semalam kerana disyaki terbabit dalam kes pembuangan bayi yang baru dilahirkan di dalam tandas sebuah pesawat yang dinaikinya.

Wanita tersebut ditangkap selepas pihak berkuasa menemui mayat bayi yang masih bertali pusat dan uri dalam tandas pesawat Etihad Airways di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta.

Mayat bayi lelaki itu telah ditemui oleh seorang pekerja pembersihan yang pada ketika itu mahu membuang sampah di dalam tong sampah di tandas berkenaan.

Menurut pihak polis, wanita itu dikatakan bekerja di Timur Tengah selama empat tahun dan dia dikatakan dalam perjalanan untuk pulang ke kampung halamannya di Cianjur Jawa Barat.

Katanya lagi, wanita yang ditahan itu dikatakan telah menjalinkan hubungan sulit dengan bekas majikannya selepas dikatakan hamil.

Wanita itu turut memberitahu bahawa dia tidak berniat untuk membuang bayinya dan bertindak sedemikian kerana sangat panik dan tidak menyangka bahawa kejadian itu akan berlaku.

Menceritakan mengenai detik-detik itu berlaku, wanita tersebut menaiki penerbangan dari Abu Dhabi dan apabila pesawat itu melakukan transit di Bangkok, Thailand dia secara tiba-tiba berasa sakit perut.

Dia terus masuk ke dalam tandas berkenaan dan terus melahirkan bayinya.

Suspek tersebut dibawa ke hospital dan pihak polis masih lagi menunggu keadaannya bertambah sihat sebelum membuat siasatan secara menyeluruh.

Jika disabitkan kesalahan suspek akan di siasat mengikut Undang-undang Perlindungan Anak di mana dia akan berdepan hukuman penjara selama 15 tahun. Sumber: Mymetro, Editor: Amira