Jumaat, 12 Januari 2018

Ibu Kejam Pukul Anak Kerana Tablet



BUENOS AIRES - ARGENTINA – Sebuah rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak diangkat pada bahagian rambut dan ditendang bahagian belakang mangsa gara-gara peranti tabletnya hilang.

Dailymail melaporkan wanita itu marah kerana anaknya ‘tersalah letak’ peranti terbabit.

Wanita itu menampar anaknya yang merupakan anak pertama dari tiga beradik dengan kuat berulang kali sebelum mengangkat kanak-kanak itu.

Video yang tular di media sosial itu dirakam saudara wanita tersebut telah disiasat pihak polis dan jabatan kebajikan kanak-kanak.

Mangsa yang merupakan anak paling tua dari tiga adik beradik

Mangsa dan dua adiknya kini dijaga oleh jabatan kebajikan sementara ibunya ditahan reman atas dakwaan mendera kanak-kanak. Sumber:Dailymail , Editor:Farhana