Ibu Koma, Emat Anak Mati Akibat Rumah Terbakar Dibaling Bom Petrol


MANCHESTER: Kehilangan orang yang tersayang adalah hal yang sangat sukar untuk diterima lebih-lebih lagi ia adalah ahli keluarga.

Seorang ibu bukan kehilangan seorang anak malah empat sekali gus apabila menjadi korban dalam kebakaran pada 11 Disember 2017 di Salford, Greater, Manchester.

Michelle Pearson, 36 tahun, masih lagi tidak mengetahui tragedi malang yang menimpa empat orang anaknya itu kerana masih tidak sedarkan diri dari koma akibat kecederaan serius ketika kebakaran tersebut.

Empat mangsa yang terkorban itu dikenali sebagai Demi Pearson, 14, Brandon, 8, Laice, 7 dan Lia, 3 tahun.

Seorang lagi anak lelaki wanita itu yang bernama Michelle, 16 berjaya menyelamatkan diri apabila sempat melompat keluar dari tingkap rumah ketika kebakaran.

Portal Daily Mail melaporkan kejadian itu dipercayai tercetus apabila berlaku pergaduhan antara beberapa kumpulan jalanan yang melempar beberapa bom petrol ke dalam rumah mereka.

Sementara itu, bapa saudara Michelle telah meminta bantuan orang ramai untuk membantu mengumpul dana buat pengebumian mangsa melalui laman GoFundMe. Kutipan dana setakat berita ini ditulis mencecah £23,445 (RM92767.18). Sumber:Astro Awani , Editor:Farhana