Ahad, 14 Januari 2018

Ibu Yang Baru Melahirkan Bayi Tiba-Tiba Rasa Sejuk, Doktor Terkejut Ketika Selak Kain Selimutnya.


Kebanyakan bakal ibu mengatakan pada hari kelahiran baru dapat melihat dingin atau hangatnya sikap manusia.

Bahkan ada yang tidak berani melahirkan anak perempuan kerana bimbang atau tidak mampu melihat penderitaan yang yang akan dialami sama sepertinya saat melahirkan kelak.

Hal ini terjadi kepada Lolan, 27 yang merasakan apa yang dikatakan dengan dinginnya sikap manusia.

Ibu bapa mertua Lolan merasa sangat bahagia dengan kehamilan beliau.

Lolan tinggal di daerah perkampungan dan ketika hamil dia hanya duduk dirumah melakukan pekerjaan rumah sementara mertuanya ke ladang dan suaminya bekerja di luar daerah dan jarang pulang.

Hari-hari kehamilan yang dilaluinya berjalan lancar, tapi saat memasuki minggu ke 39 air ketuban Lolan tiba-tiba pecah dan keluarganya segera membawa ke hospital.

Doktor yang merawat Lolan berkata, beliau boleh melahirkan anaknya secara normal.

Lolan menunggu saat kelahiran anaknya dengan perasaan bercampur aduk dan sekitar jam 3 pagi Lolan dibawa ke bilik bersalin.

Akhirnya Lolan selamat melahirkan anak lelaki.

Setelah dua jam menunggu di ruang pemerhatian, Lolan ditolak keluar bersama bayinya.

Pada masa yang sama, suami dan mertuanya menunggu dengan cemas di luar hanya memikirkan keadaan anak atau cucu mereka lansung tidak memikirkan keadaan Lolan selepas bersalin.

Mereka ketawa bahagia melihat bayi yang baru dilahirkan membuatkan Lolan berasa sedih kerana tidak ada seorang yang peduli dengan keselamatan dan deritanya.

Selepas itu, suami dan jururawat membawa ibu dan anak ke ruang pesakit.

Lima minit kemudian, Lolan berkata kepada suaminyanya bahawa dia merasa sangat sejuk dan gementar, bibirnya juga ketar ketika bercakap.

Suami Lolan segera memanggil doktor dan suasana ruang pesakit menjadi tegang.
Doktor menyelak selimut Lolan dan terkejut melihat bahagian bawah dipenuhi dengan genangan darah.

Doktor segera melakukan pemeriksaan darurat untuk menemui punca pendarahan kemudian segera melakukan pemindahan darah kepada Lolan.

Doktor yang merawat Lolan berkata, sikap mertua Lolan di bilik persalinan tadi membuat Lolan tidak selesa dan mengalami pendarahan serius.

Tips : Seorang wanita yang baru melahirkan perlu mendapatkan perhatian lebih selepas melahirkan, suami dan keluarga jangan hanya peduli pada anak yang baru lahir lalu mengabaikan si ibu.

Emosi dan perasaan ibu hamil harus dijaga supaya tidak berlaku pendarahan.

Wanita hamil perlukan perhatian yang lebih walaupun dengan sepatah perkataan dari keluarga terutama suami, “Bagaimana keadaanmu sayang? dan hatinya senang mendengarkan pertanyaan itu serta memudahkan proses bersalin. Sumber: erabaru , Editor:Farhana