Identiti Sebenar Sajat Hampir Terbongkar


PETALING JAYA: Identiti usahawan kosmetik iaitu Nur Sajat Kamaruzzaman masih lagi menjadi tanda tanya di mana menurut pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan bahawa pihaknya kini masih lagi di dalam proses untuk mengesahkan identiti sebenar usahawan terbabit.

Menurut Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, penjelasan itu dibuat untuk menjawab persoalan masyarakat diikuti dengan susulan pertemuan bersama Sajat dan ibu bapa usahawan itu baru-baru ini.

Dalam pada masa yang sama, pihak Jakim turut bersetuju terhadap beberapa proses yang perlu dilalui Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi.

"Proses ini akan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan banyak pihak."

"Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum," katanya.

Tambahnya lagi yang juga merupakan seorang pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bahawa pihak Jakim akan mengumumkan keputusan tersebut selepas proses itu selesai.

Selain itu, identiti tersebut juga perlu mendapat pengesahan dari Pakar Kajian Syariah yang akan diurusetiakan oleh pihak Jakim sendiri.

Jakim juga turut menafikan sekeras-kerasnya mengenai segala dakwaan sebuah video yang mana pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah menuduh pihak Jakim menelefon seorang individu untuk memaklumkan jantina sebenar Sajat.

Pada hari Selasa yang lalu, Jakim dikatakan telah menemui jalan penyelesaian untuk mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar Sajat selepas Jakim mengadakan sesi pertemuan dengan usahawan kosmetik itu di Wisma Nur Sajat di Shah Alam.

Difahamkan, hajat pihak Jakim mengadakan pertemuan terbabit dengan Sajat adalah kerana Sajat sering sahaja menjadi bahan cemuhan dan kecaman netizen sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti sebenar yang dimiliki Sajat. Sumber: Mstar Online, Editor: Amira