Jumaat, 12 Januari 2018

Ini Respon Mengejutkan Dari Diana Danielle, Suami Positif Ganja


PETALING JAYA: Datuk Farid Kamil semalam telah ditangkap pihak berkuasa gara-gara tindakannya di mana dia telah menampar seorang pegawai polis dan turut mengamuk di balai polis di Damansara.

Hasil laporan awal mendapati pelakon terbabit telah positif dadah dan berita ini agak mengejutkan terutamanya berita penangkapan pelakon terbabit.

Ramai peminat yang agak terkejut dengan insiden ini dan rata-rata mereka ingin mengetahui punca sebenar kes ini berlaku.

Isteri kepada pelakon terbabit, iaitu Datin Diana Danielle telah memberi maklum balas tentang isu yang melanda suaminya itu.

Buat masa ini, Diana meminta orang ramai dan pihak media untuk memberi mereka ruang bagi menyelesaikan perkara itu terlebih dahulu sebelum memberi sebarang kenyataan kepada media berhubung penahanan suaminya, Datuk Farid Kamil, petang semalam.

Ini adalah komen daripada Diana Danielle:

“Beri kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dulu. Saya tidak akan memberi sebarang komen buat masa sekarang. Terima kasih”

Dalam pada masa yang sama, ibu kepada Diana iaitu Norsiah Ramli, juga tidak mengetahui mengenai penahanan menantunya itu dan terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu.

Ini pula adalah maklum balas daripada ibu Diana Danielle:

“Saya terkejut mengetahui berita ini. Saya baru dapat tahu selepas dimaklumkan oleh rakan media."

“Jadi saya tidak tahu dan tidak boleh nak komen lanjut. Ada baiknya hubungi keluarga Farid sendiri”

Difahamkan, Datuk Farid Kamil didakwa telah menampar seorang anggota polis trafik di Kota Damansara, Petaling Jaya semalam.

Selain menampar seorang polis, Farid dikatakan turut menendang dua orang awam yang berada di sana.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya suspek yang berusia 37 tahun itu telah menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara dan ini adalah kenyataan daripada pihak polis.

“Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan whatsapp '300 artis hutang ah long'.”

“Dia kemudian tiba-tiba menampar anggota polis dan menendang dua orang awam di lokasi kejadian tanpa provokasi,”

Sebaik sahaja dia ditangkap, ujian air kencing telah dijalankan ke atas pelakon itu untuk melihat sama ada dia di bawah pengaruh bahan terlarang ataupun tidak.

Sehingga kini, Farid Kamil masih lagi belum membuat sebarang kenyataan kepada pihak media.

Tambah Ketua Polis Daerah Petaling Jaya itu lagi, saringan ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek selepas dia ditahan, dan hasilnya suspek didapati telah positif dadah jenis ganja.

Ini adalah kenyataan daripada pihak Polis:

“Sebaik sahaja polis menahan suspek, ujian air kencing dijalankan bagi mengesan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah."

“Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja,”

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, pelakon terbabit dikatakan datang ke balai polis bersama rakannya untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.

Namun, Farid dikatakan tiba-tiba menunjukkan mesej whatsapp mengenai isu 300 artis yang berhutang dengan ah long.

Secara tiba-tiba pelakon terbabit menampar muka polis yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan beberapa orang awam.

Farid Kamil juga dipercayai turut menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum dia ditahan beberapa anggota polis lain.

Susulan kejadian itu, suspek kini disiasat atas kelakuan yang tidak senonoh dalam balai polis mengikut Seksyen 90 Akta Polis serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

Suspek juga akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok, bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Pada bulan Disember yang lalu, Farid Kamil Zahari merupakan antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan ,Pahang.

Farid Kamil yang juga Penerbit Filem FKX Sdn Bhd itu telah menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Pelakon ini telah banyak membintangi filem hebat seperti Evolusi KL Drif, Kongsi, Anak Jantan, J Revolusi dan yang terbaru, Tombiruo: Penunggu Rimba. Sumber: Harian Metro, Editor: Amira