Jumaat, 12 Januari 2018

Ini Semua Demi Kebaikan Alesya- Erra Fazira


Pelakon terkenal Indonesia , Laudiya Cynthia Bella memberitahu beliau menganggap Erra Fazira seperti kakaknya sendiri.Hubungan mereka berdua sering mendapat perhatian dari netizen.

Baru-baru ini,Erra pula mengakui bahawa beliau amat selesa dengan Bella dan dapat menerima kehadirannya sebagai seorang ibu Aleesya dengan baik. Sememangnya tiada sebarang sebab untuk saya dan Bella  bermusuhan di antara satu sama lain. Ini bukan sahaja akan mendatang kan kesan buruk terhadap anak kami malah akan membuatkan ramai orang diluar sana akan beranggapan buruk terhadapnya.

"Saya memang ikhlas menjalani persahabatan antara Laudya ,malah saya tidak pernah berasa kekok apabila bersamanya. Dia bukan berasal dari Malaysia dan saya meletakkan diri saya di tempatnya. Jika saya tinggal di Indonesia pun saya juga mengharap kan orang dapat menerima saya dengan baik. Saya juga Ikhlas menerimanya sebagai ibu kepada Alesya dan harus menjaga ikatan silaturahim ini demi matlamat menjaga dan mendidik anak kami.

Erra juga, menjelaskan bahawa beliau tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan bekas suaminya, Engku Emran. Beliau juga berasa gembira dan bersyukur kerana beliau sudah bertemu dengan seorang wanita yang boleh menjaga anaknya dengan baik.

"Saya sememangnya tiada masalah dengannya setelah berpisah secara baik dahulu. Malah saya sering mendoakan dia bertemu dengan seseorang yang baik selain dapat menyayangi anak kami seadanya. Syukur sekarang dia sudah pun bertemu jodohnya.

Diharapkan silaturahim yang terjalin antara mereka bertiga akan sentiasa kekal baik berterusan sehingga ke akhir hayat. Selain dapat memperkuatkan lagi persahabatan yang terjalin di antara Erra dan Bella. Ini adalah contoh yang terbaik untuk kita semua. Sumber Berita: Mstar Online.Editor: Ila