Islam Sangat Melarang Lelaki Atau Wanita Mengganggu Suami Atau Isteri Orang Lain


ADA empat perkara yang sudah sedia tertulis buat diri seorang insan iaitu jodoh, ajal dan maut, rezeki serta nikmat kesihatan semuanya sudah ditetapkan.

Mengenai nikmat jodoh, setiap manusia dilahirkan secara berpasangan di mana Allah telah menetapkan siapa pasangan kita sejak dari dalam perut ibu kita lagi.

Namun, ada juga dalam kalangan masyarakat di mana mereka lebih gemar untuk berlaku curang iaitu dengan mempunyai perasaan terhadap pasangan orang lain semata-mata nafsu menguasai diri.

Namun, perbuatan merosakkan kebahagiaan orang ini dianggap salah kerana ianya bukanlah perkara yang dianjurkan di dalam Islam. Perbuatan untuk memisahkan orang yang sudah berkeluarga, merupakan perbuatan yang sangat telarang, atau "Dosa Besar" sekiranya dia sudah memiliki anak.

Daripada Abu Hurairah ia berkata bahawa Rasullah s.a.w. bersabda: ‘Siapa yang merosakkan hubungan seseorang hamba dari tuannya, maka ia bukanlah sebahagian dari kami, dan siapa yang merosakkan hubungan seorang wanita dari suaminya maka ia bukanlah dari kami.” (Hadis Riwayat Ahmad, Al-Bazzar, Ibn Hibban, Al Nasai dalam Al-Kubra dan Al-Baihaqi.

Menurut Sheikh Nashir Al-Din Al-Albani menyatakan bahawa hadis tersebut adalah hadis shahih. Hadis ini dikatakan mempunyai peringatan terhadap dua perbuatan yang dilakukan.

Perbuatan pertama adalah dengan mengganggu seorang pelayan, atau pembantu yang telah bekerja sehingga hubungannya dengan tuanya itu menjadi dingin sehingga pelayan tersebut dibuang kerja.

Perbuatan kedua adalah mengganggu seorang wanita yang masih lagi berstatus isteri orang sehingga hubungan mereka di antara suami isteri menjadi keruh lalu berlaku penceraian di antara mereka.

Terdapat pelbagai jenis bentuk gangguan yang telah dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan hidup seseorang.

Antaranya adalah seseorang itu memohon doa kepada Allah agar hubungan di antara seorang wanita dengan suaminya musnah dengan terjadinya penceraian.

Bersikap baik, bertutur kata manis dan melakukan berbagai macam tindakan yang secara lahiriah baik, akan tetapi, menyimpan maksud merosakkan hubungan seorang wanita dengan suaminya (atau sebaliknya). Perlu kita ketahui terkadang sihir itu berupa tutur kata yang memiliki kemampuan “menghipnotis” lawan bicaranya.

Rasulullâh –shallallâhu ‘alahi wa sallam- bersabda: “Sesungguhnya sebahagian dari sebuah penjelasan atau tutur kata itu adalah benar-benar sihir”. (H.R. Bukhârî dalam al-Adab al-Mufrad, Abû Dâwud dan Ibn Mâjah. Syekh Albânî menilai hadîts ini sebagai hadîts hasan [silsilah al-ahâdîts al-shahîhah, hadîts no. 1731]).

Memasukkan bisikan kata yang bersifat menipu, serta menyuruh seorang wanita agar berpisah dari suaminya (atau sebaliknya), dengan akan dinikahi olehnya atau oleh orang lain. Perbuatan seperti ini adalah perbuatan tukang sihir dan perbuatan syaitan (Q.S. Al-Baqarah: 102).

Rasulullâh –shallallâhu ‘alaihi wa sallam- bersabda:

“Sesungguhnya Iblis menempatkan singgasananya di atas air, lalu penyebar anak buahnya ke berbagai penjuru, yang paling dekat dengan sang Iblis adalah yang kemampuan fitnahnya paling hebat di antara mereka, salah seorang dari anak buah itu datang kepadanya dan melapor bahawa dirinya telah berbuat begini dan begitu, maka sang Iblis berkata: ‘kamu belum berbuat sesuatu’, lalu seorang anak buah lainnya datang dan melapor bahawa dia telah berbuat begini dan begitu sehingga mampu memisahkan antara seorang suami dari isterinya, maka sang Iblis menjadikan sang anak buah ini sebagai orang yang dekat dengannya, dan Iblis berkata: ‘tindakanmu sangat bagus sekali’, lalu mendekapnya”. (H.R. Muslim [5032]).

Meminta, atau menekan secara terus terang agar seseorang wanita meminta cerai dari suaminya atau agar seorang suami menceraikan isterinya dengan tanpa alasan yang dibenarkan oleh syari’at.

Rasulullâh –shallallâhu ‘alaihi wa sallam- bersabda:

“Tidak halal bagi seorang wanita meminta (kepada suaminya) agar suami mencerai wanita lain (yang menjadi isterinya) dengan maksud agar wanita ini memonopoli, sesungguhnya hak dia adalah apa yang telah ditetapkan untuknya”. (Hadîts muttafaq ‘alaih).

Bentuk-bentuk seperti ini sangat tercela, dan termasuk dosa besar jika dilakukan oleh seseorang kepada seorang wanita yang menjadi isteri orang lain, atau kepada seorang lelaki yang menjadi suami orang lain.

Dan hal ini semakin tercela lagi jika dilakukan oleh seseorang yang mendapatkan amanah atau kepercayaan untuk mengurus seorang wanita yang suaminya sedang pergi atau sakit. Sama halnya jika dilakukan oleh seorang wanita yang mendapatkan amanah atau kepercayaan untuk mengurus keluarga seorang lelaki yang isterinya sedang pergi atau sakit dan semacamnya.

Rasulullâh –shallallâhu ‘alaihi wa sallam- bersabda:

“Keharaman wanita (isteri yang ditinggal pergi oleh) orang-orang yang berjihad bagi orang-orang yang tidak pergi berjihad (yang mengurus keluarga mujahid) adalah seperti keharaman ibu-ibu mereka, dan tidak ada seorang lelaki pun dari orang-orang yang tidak pergi berjihad yang mengurus keluarga orang-orang yang pergi berjihad, lalu berkhianat kepada orang-orang yang pergi berjihad, kecuali sang pengkhianat ini akan dihentikan (dan tidak diizinkan menuju syurga) pada hari kiamat, sehingga yang di khianati mengambil kebaikan yang berkhianat sesuka dan semaunya”. (H.R. Muslim [3515]).

Salah satu bentuk pengkhianatan yang di maksud dalam hadîts Muslim ini adalah merosak hubungan keluarga sang mujahid, sehingga bercerai dari suaminya.

Bentuk pengkhianatan yang lebih besar lagi adalah –na’ûdzu billâh min dzâlik- berzina dengan keluarga sang mujahid.

Termasuk dalam pengertian mujahid ini adalah seseorang yang mendapatkan tugas dakwah, atau menunaikan ibadah haji atau umrah, atau berpergian yang mubah, lalu menitipkan urusan keluarganya (isteri dan anak-anaknya) kepada orang lain. Dalam hal ini, jika yang mendapatkan amanah berkhianat, maka, ia termasuk dalam ancaman hadîts Muslim ini.

Hukum Merosakkan Rumah Tangga Orang Lain.

Hukum Ukhrawî, Para ulama’ bersepakat bahawa hukum mengganggu dan merosak hubungan pasangan itu bermaksud dalam hadîts nabi di atas adalah haram (lihat al-mausû’ah al-fiqhiyyah, pada bâb takhbîb), maka siapa saja yang melakukannya, maka ia mendapatkan dosa dan diancam seksa di neraka.

Bahkan Imam Al-Haitsamî mengkategorikan perbuatan dosa ini sebagai dosa besar.

Dalam kitabnya Al-Zawâjir ‘an Iqtirâf al-Kabâir beliau menyebutkan bahawa dosa besar yang ke 257 dan 258 iaitu merosak seorang wanita agar terpisah dari suaminya dan merosak seorang suami agar terpisah dari isterinya.

Alasannya, hadîts nabi  shallallâhu ‘alaihi wa sallam – di atas menafikan pelaku perbuatan merosak ini dari bahagian umat beliau, dan ini terhitung sebagai ancaman berat. Juga para ulama’ sebelumnya, secara sharîh (jelas) mengkategorikannya sebagai dosa besar. (lihat Al-Zawâjir juz 2, hal. 577).

Hukum Duniawî, Ada dua hukum duniawi berkait dengan hadits ini iaitu:

Jika ada seorang lelaki yang merosak hubungan seorang wanita dari suaminya, lalu wanita itu meminta cerai dari suaminya, dan suami mengabulkannya, atau jika ada seorang lelaki merosak hubungan seorang wanita dari suaminya, lalu suami marah dan menceraikan isterinya, lalu  lelaki yang merosak ini menikahi wanita tersebut, apakah pernikahannya sah?

Jumhur ulama’ berpendapat bahawa pernikahan lelaki perosak dengan wanita itu tindakan perosakannya adalah sah. Alasannya adalah kerana wanita tersebut tidak secara eksplisit terhitung sebagai muharramât (wanita-wanita yang diharamkan baginya).

Namun, ulama’ Mâlikiyyah memiliki pendapat yang berbeza dengan Jumhur. Mereka berpendapat bahawa pernikahan yang terjadi antara seorang lelaki perosak dengan wanita yang pernah menjadi korban tindakan perosakannya harus dibatalkan, baik sebelum terjadi akan nikah di antara keduanya atau sudah terjadi. Alasan Mâlikiyyah dalam hal ini adalah:

Demi menerapkan hadîts yang menjadi kajian kita kali ini. Agar tidak menjadi  buruk bagi munculnya pekara-pekara lain yang serupa, demi menjaga kebahagian rumah tangga kaum muslim.

Hal ini terhitung dalam kategori kaidah fiqih: man ta’ajjala syai-an qabla awânihi ‘ûqiba bihirmânihi (siapa yang terburu-buru mendapatkan sesuatu sebelum saatnya, maka ia dihukum dengan tidak di perkenankan mendapatkan sesuatu itu).

Kaidah ini pada asalnya berlaku bagi seseorang yang melamar dengan kata-kata sharîh seorang wanita yang masih dalam masa iddah (tunggu) punca kematian suaminya. (Q.S. Al-Baqarah: 235).

Logiknya, jika melamar dengan kata-kata sharîh terhadap seorang wanita yang masih dalam masa iddah karana kematian suaminya saja tidak dibenarkan, padahal dalam hal ini tidak ada aspek perosakan yang berakibat terciptanya perceraian wanita itu dari suaminya (kerana memang suaminya telah meninggal) maka, jika ada seseorang yang merosak seorang wanita yang masih bersuami, sehingga tercipta perceraian wanita itu dari suaminya, hukumnya tentunya lebih berat daripada yang di maksud dalam kaidah fiqih ini.

Untuk jika akan terjadi pernikahan antara lelaki perosak hubungan dengan wanita “korban” tindakan perosakannya maka, hal ini harus dicegah, dan jika sudah kandung terjadi pernikahan di antara keduanya maka, pernikahan itu harus dibatalkan. - Editor: Amylea Nazrul