Isteri Kantoi Curang Dengan Anak Tiri


Sebuah video rakaman CCTV memaparkan perbuatan jijik seorang wanita bersama anak tirinya.

Alangkah terkejutnya si suami bila melihat video rakaman tersebut.

Lelaki Australia berkata melalui rakaman itu dia melihat isteri dan anak lelakinya yang masih berusia 16 tahun bercium dan berpelukan sebelum masuk kedalam bilik.

Menurut sumber, isteri beliau pada awalnya tidak mahu mengaku perbuatan terkutuk yang dilakukannya, namun anaknya mengaku bahawa ibu tirinya kerap melakukan hubungan seks ketika bapanya tiada dirumah.

Jackie Hartnett memaklumkan dia menikahi isterinya ketika anaknya berusia Sembilan tahun dan tidak menyangka hubungan mesra anak dan ibu tiri berubah ke arah yang menjijikkan.

Selain itu, Jackie Hartnett berkata, dia memasang Cctv di luar dan dalam kerana hobinya yang gemar dengan penampakan-penampakan hantu.
          
Katanya, dia hanya merakam pada waktu malam namun entah bagaimana dia terlupa untuk mematikan rakaman Cctv tersebut pada waktu pagi hingga terakam perbuatan terkutuk isteri dan anaknya dirumah.

Selepas pulang dari kerja, Jackie melihat rakaman yang telah dirakam sepanjang hari dan melihat isteri masuk kedalam bilik anak dan kelihatan mereka berbicara dengan mesra sebelum melanjutkan ke atas katil.


Wanita itu akhirnya mengaku bersalah dan dan dihukum penjara enam bulan kerana mengadakan hubungan intim bersama remaja di bawah umur. Sumber:eberita ,  Editor:Farhana