"Itu Bukan Anak Saya" Tunang Remy Ishak


Tunang kepada pelakon terkenal drama bersiri Kekasih Paksa Rela Remy Ishak iaitu Ezza Yusof  beliau menjelaskan bahawa dia belum pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak sebagaimana yang tersebar meluas di internet baru-baru ini.

Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yosof berkata, kanak-kanak tersebut yang berada bersama nya adalah anak saudaranya.

"Di sini saya ingin memperbetulkan beberapa perkara, saya tidak pernah berkahwin dan kanak-kanak terbabit bukan anak saya. Dia anak saudara saya," tulisnya di Instagram.

Tunang kepada pelakon ini telah memperbetulkan fakta sebuah blog yang mendakwa dia mempunyai seorang cahaya mata dan pernah mendirikan rumah tangga. 

Ezza meminta pihak berkenan untuk memperbetulkan fakta tersebut sebelum timbul sebarang fitnah yang tidak diingini.

Zaman yang semakin maju ini sememangnya membolehkan kita hanya menekan di hujung jari sahaja. Oleh sebab itu, sebarang gosip yang timbul lebih mudah dihidu oleh para netizen diluar sana.

"Saya harap mana-mana pihak berkenaan dapat betukkan kenyataan berikut sebelum ianya tersebar menjadi fitnah,"tulisnya.

Remy telah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan itu pada Mei tahun lalu.Editor: Ila