Jahanam!!! Kelab Dangdut Warga Emas Berhampiran Masjid.


KUALA TERENGGANU: Satu kelab dangdut dikatakan telah menjadi kegilaan buat penduduk kampung meskipun ianya pernah ditegur beberapa kali kerana ianya telah mengundang rasa tidak selesa buat penduduk Kampung Telari, Manir, Kuala Terengganu.

Difahamkan, sesetengah penduduk kampung pernah memberi teguran kepada pemilik premis terbabit namun ianya langsung tidak diendahkan di mana kelab ini tetap menjadi pilihan buat golongan emas yang berumur 60 hingga 70 tahun.

Kelab ini dipercayai telah wujud sejak lima tahun yang lalu di mana ia telah menjadi pentas utama buat warga emas untuk berhibur di mana ia menyediakan hiburan berbentuk hiburan.

Hasil daripada tinjauan yang dilakukan oleh Sinar Harian mendapati ‘kelab dangdut’ itu menjadi tumpuan pelanggan bermula pada jam 9 malam di mana kebanyakan wanita mengenakan pakaian yang seksi dan kelab ini dibuka sehingga awal pagi.

Kebanyakan pelanggan yang terdiri daripada golongan tua dilihat asyik menari tanpa segan silu dan mereka turut menyanyi di pentas dengan disulami dengan unsur lucah sekali gus perbuatan itu mengganggu ketenteraman penduduk.

Pelanggan juga dilihat turut memberikan hadiah berupa wang ringgit kepada penari di kelab terbabit sebagai tanda terima kasih dengan persembahan yang diberi.

Malah apa yang lebih memalukan adalah pihak terbabit dipercayai langsung tidak menghormati jemaah masjid memandangkan jarak kelab terbabit dengan masjid hanyalah 200 meter sahaja.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Zaki, 41, berkata, kawasan itu pada mulanya dijadikan sebagai tempat untuk aktiviti dikir barat sejak 20 tahun lalu tetapi ianya bertukar menjadi kelab dangdut sejak lima tahun yang lalu.

“Aktiviti dangdut diadakan antara tiga hingga empat kali seminggu dengan empat hingga lima penyanyi dibawa dari Kelantan."

“Kebanyakan pengunjung yang datang terdiri daripada warga emas, mereka juga dilihat langsung tidak menghormati jemaah yang mengadakan program keagamaan di masjid kerana jaraknya terlalu dekat,” katanya.

Tambahnya lagi, kebiasaannya apabila setiap kali persembahan diadakan rata-rata pengunjung akan hadir daripada daerah yang berdekatan sehingga jumlah pengunjung hampir mencecah sehingga 100 ke 200 orang . Sumber: MStar Online, Editor: Amira