Sabtu, 13 Januari 2018

Jumpa Saya Depan-Depan Kalau Tak Puas Hati – Zulin Aziz Digelar Perempuan Melayu Sundal


KUALA LUMPUR: Baru-baru ini pelakon dan penyampai radio Suria FM iaitu Zulin Aziz telah digelar perempuan sundal oleh seorang wanita gara-gara kenyataan yang dikeluarkan oleh dirinya.

Gelaran tersebut dikeluarkan oleh seorang wanita yang tidak dikenalinya selepas Zulin memberikan kenyataan iaitu "Bujang, duda atau suami orang bukan isu besar bagi saya. Asalkan dia memiliki kualiti yang saya cari dan mampu bersikap adil sekiranya berpoligami saya terima."

Kenyataan tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna laman sosial dan rata-ratanya mengecam kenyataan tersebut.

Kekecohan tersebut dikatakan bermula apabila seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Dura Hatta telah berkongsi kenyataan terbabit menerusi Harian Metro dengan menulis 'Prempuan Melayu Sundal.'
Zulin yang mengetahui mengenai perkara terbabit merasa sedih serta terguris hati apabila orang yang tidak dikenalinya tergamak melabelkan dia sedemikian.

Dalam pada masa yang sama, Zulin juga turut membidas kenyataan tersebut di akaun Facebook miliknya dan rata-rata peminatnya menyokong kenyataan tersebut.

“Saya bukan tahu jodoh saya dengan siapa...Kalau saya cakap tak nak nanti, itu yang saya dapat...Sebab itu saya redha je lah, itu pun kena kecam.

“Ada yang salah ke ayat saya tu? Tang mana yang salah?,” tulisnya merujuk kepada kenyataan yang dibuat wanita tersebut.

Walaubagaimanapun, menerusi sebuah maklum balas yang dimuatnaik oleh Zulin, dia mendakwa bahawa perempuan terbabit ingin menyaman Zulin kerana perkara tersebut dianggap sebagai pembuli siber.

Dalam pada masa yang sama, wanita itu juga mendakwa bahawa dia sudah membuat laporan polis terhadap Zulin mengenai perkara terbabit.

Namun, Zulin dikatakan telah memadamkan kenyataan balas tersebut di laman sosial Instagramnya dengan selepas mendapat nasihat daripada peguam dan pengurusnya dengan menulis 'Pray For Me'  supaya masalah ini dapat diselesaikan begitu sahaja. Sumber: Harian Metro, Editor: Amira