Kakak Ajar Dua Adik Buat Seks


INDONESIA: Akibat terlalu kerap menunjukkan adegan-adegan panas di hadapan anak-anak sendiri,sepasang suami isteri kini menghadapi masalah yang besar dalam hidup mereka.

Menurut laporan sebuah akhbar Surabaya, masalah ini terjadi apabila seorang doktor pakar psikologi mengesahkan bahawa anak mereka, iaitu Yuni yang baru sahaja berusia 10 tahun telah mengalami masalah ketagihan seks.

Hal itu diketahui selepas Yuni turut mengajar mengenai seks kepada dua adiknya yang masing-masing berusia antara 7 dan 4 tahun dan meminta mereka untuk memainkan alat kelamin mereka sendiri.

Tidak hanya sampai di situ sahaja, dia juga turut merakam dan memaksa adiknya untuk melakukan hubungan intim sama seperti apa yang dilakukan oleh orang dewasa.

Menurut Pengendali Pusat Pelindungan Kanak-Kanak Surabaya dalam sidang media hari ini berkata bahawa mereka terpaksa memberikan Yuni sejenis ubat untuk mengurangkan nafsu Yuni terhadap seks.

“Kini anak tersebut diberi ubat untuk menurunkan libido sehingga aktiviti menyimpang yang mengajarkan adiknya untuk melakukan perbuatan orang dewasa dapat dikurangi.”

Tambahnya lagi, hal ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja apabila mengabaikan penjagaan anak di mana anak-anak dibiarkan terlalu bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka.

Tindakan ibu bapa juga yang terlalu bebas melakukan hubungan intim di hadapan kanak-kanak juga menjadi salah satu penyebab kepada gejala ini.

Bagaimanapun sehingga kini Yuni masih lagi berada dalam penjagaan pusat terbabit dan juga turut didampingi oleh pakar psikologi.

Pihak pusat penjagaan terbabit juga turut berpesan agar ahli keluarga Yuni haruslah mengawal tindakan mereka di hadapan anak-anak sendiri dan tidak menunjukkan sebarang gambar mahupun percakapan yang akan membuatkan Yuni terangsang.

Sementara itu kedua-dua ibu bapa Yuni juga turut di siasat oleh pihak polis Surabaya bagi membantu untuk mengesahkan sama ada Yuni pernah terjebak dalam perbuatan tidak senonoh ini dengan orang lain sehingga dia mengalami ketagihan. Sumber: E Berita, Editor: Amira